• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Dilarang Sertai Aplikasi Sugarbook

oleh
16/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Umat Islam diingatkan untuk tidak menggunakan aplikasi Sugarbook berikutan sebarang perbuatan yang boleh mendorong kepada berlakunya perzinaan adalah jelas dilarang mengikut hukum syarak.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, pihaknya mengambil inisiatif untuk tampil memberikan nasihat serta panduan hukum syarak kepada masyarakat umum, khususnya umat Islam di negara ini berkenaan isu aplikasi Sugarbook yang tular ketika ini. 

Menurut beliau, larangan itu berdasarkan kepada dalil-dalil seperti yang terdapat dalam firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud ‘Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)’.

Katanya, Rasulullah SAW juga menjelaskan dengan lebih mendalam berkenaan perbuatan menghampiri zina menerusi sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukari dan Muslim yang bermaksud ‘Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya’.

“Sejajar dengan itu, larangan ke atas umat Islam daripada menyertai aplikasi Sugarbook ataupun mana-mana aplikasi lain yang berkaitan dengannya adalah selaras dengan prinsip Sadd al-Dzara’i iaitu penutupan pintu-pintu yang boleh membawa kepada perbuatan yang haram di sisi Islam,” katanya melalui satu kenyataan media di sini, hari ini. 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook, Darren Chan sebelum ini mendakwa aplikasi itu disertai seramai 14,000 pelajar universiti di Malaysia yang menjadi Sugar Baby.

Bilangannya semakin meningkat disebabkan kesukaran hidup pelajar universiti sejak kemunculan pandemik Covid-19 dan pada Januari 2021 bilangan pelajar universiti di Malaysia yang menjadi Sugar Baby meningkat sebanyak 40 peratus.

Dr Luqman berkata, aktiviti itu juga jelas bercanggah dengan norma masyarakat negara ini yang sentiasa memelihara tatasusila serta kesopanan dalam aspek pergaulan antara lelaki dengan wanita.

Katanya, pihaknya ingin menasihatkan kepada ‘Sugar Daddy’ dan ‘Sugar Baby’ serta mana-mana umat Islam yang terbabit dengan aktiviti ini agar segera bertaubat kepada Allah SWT dan berazam untuk meninggalkan perbuatan yang tidak bermoral ini. 

“Ketika mengharungi musibah Covid-19 ini janganlah kita terpedaya dengan tipu daya syaitan yang sentiasa mendorong manusia ke arah kemungkaran, sebaliknya marilah kita bermuhasabah dan menginsafi serta mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan amal ibadah dan amal soleh.

“Yakinlah bahawa rezeki yang dikurniakan Allah SWT itu amatlah luas dan janganlah sesekali berputus asa untuk mencari rezeki yang halal demi kelangsungan hidup serta jauhilah dari perkara-perkara yang haram, nescaya akan bertambah keberkatan dalam hidup,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan akibat buruk kepada mereka yang terjerumus ke dalam kancah zina antaranya dianggap sebagai dosa paling besar selepas syirik kepada Allah dan membunuh, dijadikan azab kubur baginya seperti azab separuh umat.

Katanya, Allah SWT tidak akan berkata-kata dengan orang tua yang berzina di hari kiamat, tidak mahu melihatnya (membiarkannya) dan tidak menyucikannya daripada dosa-dosa serta menanggung azab yang amat pedih.

Jelas beliau, Allah SWT mengharamkan syurga bagi orang yang berzina sedangkan dia tahu perbuatan itu adalah jelas dilarang. – myMetro Online

Tags: sugar babysugar daddysugarbook.comumat Islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

27/06/2025
0

KUALA TERENGGANU - Umat Islam diseru agar memperkukuhkan keimanan dan mengambil semangat hijrah untuk memperbaiki diri serta membina masyarakat yang...

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam khususnya rakyat Selangor supaya terus berusaha memperkukuhkan akidah dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd