• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah, Fitnah Mampu Hancurkan Negara – Sultan Selangor

oleh
04/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi menzahirkan kebimbangan dengan peningkatan isu gejala rasuah dan penyebaran berita palsu berunsur fitnah dalam kalangan ahli politik serta penjawat awam.

Istana Alam Shah dalam satu hantaran menerusi laman sosial Facebook Selangor Royal Office hari ini menyatakan baginda menegaskan bahawa rasuah serta fitnah yang semakin berleluasa adalah musuh utama yang menular dalam masyarakat malah dikhuatiri mampu menghancurkan negara.

Menurut kenyataan itu, baginda juga mengingatkan khususnya orang Melayu, bahawa rasuah dan fitnah adalah perbuatan yang dilarang serta berdosa di sisi Islam.

“Baginda berpandangan bahawa rasuah dan fitnah juga menjadi punca perpecahan dalam situasi politik negara, seterusnya mencemar reputasi urus tadbir negara di peringkat antarabangsa.

“Ini terbukti dengan kejatuhan signifikan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia tahun lepas,” menurut kenyataan itu.

Istana Alam Shah menyatakan, baginda juga terkejut dengan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menunjukkan separuh daripada kes rasuah di negara ini melibatkan penjawat awam.

Justeru, baginda menyeru SPRM supaya terus bertugas bersungguh-sungguh untuk menghapuskan kegiatan tidak bermoral itu dan berharap pelaku rasuah dapat dibanteras serta diadili segera secara telus di mahkamah bersandarkan bukti kukuh bagi menjadi teladan kepada masyarakat.

Menurut kenyataan itu, Sultan Sharafuddin menasihatkan setiap rakyat supaya memainkan peranan menghentikan perbuatan rasuah yang boleh memusnahkan peradaban bangsa untuk jangka masa panjang.

Pada masa sama menurut kenyataan itu, baginda memuji langkah akhbar Sinar Harian yang berani tampil dengan laporan pelbagai perspektif mengenai realiti sebenar isu rasuah di Malaysia melalui segmen Rasuah Busters.

Istana Alam Shah menyatakan, Sultan Sharafuddin turut menegaskan bahawa suasana ketika ini diburukkan lagi dengan penyebaran berita palsu berunsur fitnah yang kian berleluasa dalam media sosial.

“Baginda tidak mahu kepincangan dan perpecahan yang berlaku dalam arena politik merebak hingga memecahbelahkan rakyat.

“Baginda menyeru rakyat berbilang kaum supaya terus bersatu padu dan bijak menepis anasir tidak baik khususnya rasuah serta fitnah demi kesejahteraan negara serta generasi akan datang,” tambah kenyataan berkenaan.

Istana Alam Shah menyatakan baginda percaya sekiranya rakyat bersatu, berkhidmat, berbakti serta melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh, negara pastinya akan terus maju. – BERNAMA

Tags: fitnahrasuahSultan SelangorSultan Sharafuddin Idris Shah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mohamed Apandi Lapor Polis Kenyataan Tommy Thomas

Next Post

Buat Ujian Saringan, Cegah Kanser Dari Awal

Related Posts

Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan

Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan

18/06/2025
0

Kuala Lumpur: Dua individu bergelar datuk termasuk seorang ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah...

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

12/06/2025
0

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan bantuan anggota pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) dalam proses merakam...

Next Post

Buat Ujian Saringan, Cegah Kanser Dari Awal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd