• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SOP Ibadah Haji Dikemas Kini Penuhi Syarat Arab Saudi

oleh
16/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Prosedur operasi standard (SOP) ibadah haji Malaysia akan dikemas kini dari semasa ke semasa bagi memastikan ia memenuhi syarat Kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, SOP berkenaan perlu diserahkan kepada Kerajaan Arab Saudi untuk diteliti dan mendapat pengesahan bagi mengelak jemaah haji Malaysia dihalang daripada mengerjakan haji pada tahun ini. 

Katanya, setakat ini Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR) bersama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) serta Kementerian Kesihatan (KKM) sudah selesai menyediakan SOP ibadah haji Malaysia. 

“Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi dijangka mengadakan pertemuan bagi membincangkan berkenaan kuota haji dan umrah pada bulan depan,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada kakitangan sokongan bawah agensinya anjuran Persatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ; Datuk Akbar Samon dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail. 

Semalam, media melaporkan, Atase Agama Arab Saudi ke Malaysia, Sheikh Abdul Rahman Al-Rubaian, berkata Arab Saudi dijangka menerima kunjungan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan perkara berkenaan.

Perbincangan antara dua negara mengenai kuota haji dan umrah itu bakal disertai Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Zulkifli.

Zulkifli berkata, SOP itu akan dikemaskini dari semasa ke semasa supaya selaras dengan SOP disediakan Arab Saudi sebelum ini kepada jemaah haji seluruh dunia.

Beliau berkata, pihaknya harap SOP dikemukakan itu nanti mendapat kesepakatan dan diterima Kerajaan Arab Saudi. 

Mengulas program sumbangan pagi tadi, Zulkifli berkata, sebanyak RM41,000 disediakan kepada 200 penerima golongan B40 bawah agensinya. 

Katanya, setiap penerima mendapat sumbangan RM100 secara ‘one off’ dan sumbangan barangan makanan berjumlah RM100 daripada JAWI Foodbank. 

“Sumbangan ini bagi menghargai jasa dan memberi suntikan semangat kepada pekerja supaya lebih berdedikasi melaksanakan tanggungjawab di agensi masing-masing,” katanya. – BH Online

Tags: Arab Saudiibadah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd