• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM35 Juta Tuntutan COVID-19 MySalam Diluluskan

oleh
10/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 67,000 tuntutan berkaitan COVID-19 di bawah inisiatif PRIHATIN MySalam dengan jumlah keseluruhan RM35 juta diluluskan sehingga akhir Januari 2021, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, seperti yang diumumkan di dalam Pakej PRIHATIN, manfaat hospitalisasi MySalam, iaitu manfaat bernilai RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari, sudah dipanjangkan kepada mereka yang dimasukkan ke hospital kerana COVID-19.

Manfaat itu juga, katanya dipanjangkan kepada mereka yang diarahkan untuk berkuarantin sama ada di pusat kuarantin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau di rumah.

“Kerajaan mendapati bahawa skim MySalam ini mendapat maklum balas yang memberangsangkan, kerana ia adalah suatu bentuk jaringan sosial bagi lebih kurang lapan juta golongan berpendapatan rendah dan orang kelainan upaya (OKU).

“Skim ini merangkumi rawatan kesihatan bagi 45 penyakit kritikal, dan membuktikan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat khususnya di dalam menangani jangkitan COVID-19 di masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-40 yang disiarkan secara maya, hari ini.

Mengulas mengenai pelaksanaan Pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) setakat 29 Januari 2021, Tengku Zafrul berkata, Program Subsidi Upah Fasa Pertama (PSU 1.0) masih berjalan, yang mana program itu mencapai nilai penyaluran RM12.757 bilion untuk 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja yang didaftarkan.

Beliau berkata, bagi program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan, seramai 130,828 pekerja berjaya mendapat pekerjaan berbanding 129,901 pekerja pada minggu sebelumnya, dengan antara industri dan sektor utama yang mengambil pekerja termasuk pembuatan serta perdagangan borong dan runcit. 

Bagi Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran pula, terdapat peningkatan dari segi individu yang mengambil bahagian dalam program yang disediakan kepada 133,301 peserta, peningkatan sebanyak 348 daripada 132,953 individu pada minggu sebelumnya, jelasnya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN khas untuk PKS Mikro dengan dana RM100 juta sudah mencapai objektifnya dengan memanfaatkan 14,946 PKS Mikro. 

Pada masa yang sama, beliau berkata, masih terdapat inisiatif pembiayaan yang tersedia seperti Pembiayaan PKS PENJANA dan Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA, juga untuk PKS serta PKS Mikro.

“Bagi Pembiayaan PKS PENJANA, sebanyak 6,507 permohonan sudah diluluskan dengan jumlah nilai pinjaman sebanyak RM1.231 bilion,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19mySalamprihatin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd