• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rina Minta Polis Segera Siasat Aduan Gangguan Seksual Di SJR

oleh
15/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan segera berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan anggota polis yang bertugas dalam sekatan jalan raya baru-baru.

Rina yang memandang serius dakwaan gangguan seksual yang disiarkan media sejak kebelakangan ini, menyifatkan perbuatan itu tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi jika melibatkan anggota penguat kuasa.

Beliau berkata siasatan segera perlu dilakukan agar mangsa diberikan pembelaan dan pelaku diambil tindakan undang-undang, jika dibuktikan bersalah. 

“Dalam mengendalikan isu ini, saya amat berharap agar semua pihak saling menghormati dan tidak mempersoalkan kredibiliti keseluruhan institusi PDRM yang telah banyak berkorban dalam memastikan keselamatan negara. Usahlah kita menghukum ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Media sebelum ini melaporkan Bukit Aman telah menggantung tugas serta-merta dua anggota polis yang didakwa terbabit dalam kejadian gangguan seksual terhadap pemandu kereta wanita di dua sekatan jalan raya baru-baru ini, setelah dua wanita berkenaan memuat naik kejadian yang didakwa berlaku ke atas mereka itu ke laman sosial.

Seorang wanita berusia 23 tahun mendakwa dirinya mengalami gangguan seksual ketika melalui sekatan di Jalan Duta, menghala keluar dari Kuala Lumpur pada 7.30 malam, Jumaat lalu, manakala seorang lagi wanita mendakwa seorang anggota polis ingin berkenalan dengannya selepas anggota itu meminta nombor telefon bimbitnya juga ketika melalui sekatan.

Rina berkata kementeriannya akan meneruskan komitmen bagi penggubalan sebuah perundangan khusus berkaitan gangguan seksual yang kini drafnya dalam semakan kerajaan untuk dibentangkan di Parlimen. 

“Perundangan khusus ini amat penting dan bersifat saling melengkapi kepada undang-undang sedia ada agar isu gangguan seksual dapat ditangani dengan lebih berkesan dan mampu melindungi mangsa, tanpa mengira wanita mahupun lelaki,” katanya. 

Beliau juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia, khususnya golongan wanita agar tampil membuat laporan sekiranya berhadapan dengan sebarang bentuk gangguan seksual, sama ada secara lisan, perbuatan atau melalui pelbagai isyarat oleh pelaku. 

Katanya KPWKM sedia membantu dan salurkan aduan melalui Talian Kasih 15999 dan Talian WhatsApp 019-26 15999 yang beroperasi 24 jam. – BERNAMA

Tags: anggota polisgangguan seksualPDRMSekatan Jalan Raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd