• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rempeyek Che Yah Sedap, Dapat Pujian Sultan Kedah

oleh
09/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Dua puluh lima tahun yang lepas, Siti Rokhiah Abdullah bertekad untuk membantu menambah pendapatan keluarga dengan berniaga rempeyek secara kecil-kecilan, namun siapa sangka kesedapan kudapannya itu mendapat sambutan hangat, sekali gus menjadikannya seorang usahawan berjaya.

Wanita berusia 52 tahun berasal dari Kampung Padang Temusu, Pokok Sena dekat sini itu berkata daripada menghasilkan rempeyek di dapur rumah, beliau kini mampu berbangga kerana sudah memiliki bengkel sendiri dengan dibantu 10 kakitangan tetap.

“Dulu, saya buat rempeyek dengan suami, lepas itu jual sendiri naik motosikal keliling kampung, habis jual, balik kira duit dengan anak-anak, walaupun tak banyak, ia cukup menggembirakan.

“Pernah juga saya hampir mengalah, tapi suami bagi semangat nak suruh saya teruskan berniaga dan akhirnya bila tengok hasil hari ini, saya sangat menghargai sokongan dan dorongan kuat daripada suami,” katanya kepada Bernama dekat sini, hari ini.

Mesra disapa Che Yah, ibu kepada tujuh cahaya mata itu berkata pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan beliau ialah apabila rempeyek keluarannya mendapat pujian daripada Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Che Yah berkata pujian daripada Tuanku Sultan sangat berharga berbanding pelbagai anugerah tokoh keusahawanan lain yang pernah diterimanya.

Menurut Che Yah, kebiasaannya bengkelnya menghasilkan hampir 300 kilogram rempeyek setiap hari bagi memenuhi permintaan pasaran dalam negeri dan negeri-negeri lain antaranya Kuala Lumpur, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor.

“Kita ada mini rempeyek original kacang tanah, kacang dal, bilis, kacang hijau, kacang kuda dan kuaci, manakala yang berperisa kita ada rempeyek telur masin, barbeku dan keju,” katanya.

Sebagai antara tokoh usahawan berjaya di negeri ini, bengkel Che Yah sering mendapat kunjungan ramai pihak dan agensi termasuk rombongan pelajar institusi pengajian tinggi.

Che Yah juga terkenal sebagai seorang usahawan yang sangat dermawan dan tidak lokek memberi sumbangan kepada masyarakat setempat terutamanya kepada sekolah atau institusi pengajian dalam komunitinya. – BERNAMA

Tags: RempeyekSultan KedahSultan Sallehuddin Sultan Badlishahusahawan
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

PRN: Sanusi Menghadap Sultan Kedah Mohon Perkenan Tarikh Bubar DUN

PRN: Sanusi Menghadap Sultan Kedah Mohon Perkenan Tarikh Bubar DUN

25/06/2023
0

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Wisma Darul Aman, di sini hari ini bagi...

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

06/07/2022
0

PASIR GUDANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan kira-kira RM200 juta peruntukan pembiayaian perniagaan kepada golongan usahawan di seluruh negara setakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd