• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia Dilaksana Sehingga 2030

oleh
19/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang komprehensif akan dilaksanakan sehingga tahun 2030 dan menetapkan visi untuk negara menjadi peneraju serantau dalam ekonomi digital dan mencapai pembangunan sosioekonomi yang inklusif, bertanggungjawab dan mampan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Unit Perancang Ekonomi telah diberi mandat untuk menggubal Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang mengandungi tiga objektif dasar dan dirangka untuk memenuhi visi negara dalam mencapai digitalisasi.

Katanya, rangka tindakan ini mengambil kira pandangan dan input pelbagai pihak berkepentingan, termasuk rakyat, industri dan agensi kerajaan.

“Tiga objektif dasar itu ialah menggalakkan pemain industri menjadi pencipta dan pengguna model perniagaan yang inovatif, melahirkan modal insan yang berupaya untuk berdaya saing dan memupuk ekosistem bersepadu yang akan membolehkan masyarakat mengambil bahagian dalam ekonomi digital,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran MyDigital dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia secara maya pada Jumaat.

Beliau berkata, enam teras strategik turut dikenal pasti iaitu memacu transformasi digital di sektor awam, meningkatkan daya saing ekonomi melalui digitalisasi, membangunkan infrastruktur digital, membangunkan tenaga kerja berkemahiran digital, mewujudkan masyarakat digital yang inklusif dan mewujudkan persekitaran digital yang terjamin dan beretika.

Dalam pada itu, Mustapa berkata, negara masih berhadapan dengan beberapa cabaran yang perlu ditangani segera bagi memastikan matlamat untuk mengurangkan jurang digital dapat dicapai.

“Antaranya termasuklah, kualiti dan liputan perkhidmatan jalur lebar yang rendah, penyediaan infrastruktur digital yang belum menyeluruh dan tenaga kerja berkemahiran digital yang masih tidak mencukupi,” katanya.

Mustapa berkata, pandemik Covid-19 telah mendorong pihak kerajaan, swasta dan masyarakat meningkatkan usaha menguasai teknologi digital.

“Kerajaan sedar betapa pentingnya diperkenalkan dasar khusus bagi memanfaatkan peluang daripada ekonomi digital,” katanya.

Pelaksanaan rangka tindakan ini dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa pertama memfokuskan kepada pengukuhan asas penggunaan digital bermula tahun ini hingga tahun depan, diikuti fasa dua (2023 hingga 2025) memacu transformasi digital yang inklusif dan fasa tiga (2026 hingga 2030) akan menjadikan negara sebagai peneraju serantau dalam bidang kandungan digital dan keselamatan siber.

Sementara itu, katanya, inisiatif MY Device akan diperkenalkan untuk memastikan semua pelajar di Malaysia mendapat akses kepada peranti digital bagi tujuan pembelajaran menjelang tahun 2025.

“Inisiatif ini akan dilaksanakan melalui kerjasama antara kerajaan, swasta dan rakyat. Data percuma akan diberikan kepada pelajar daripada kumpulan yang mudah terjejas,” katanya.

Beliau berkata, ini selari dengan sasaran Malaysia untuk menjadi peneraju serantau dalam ekonomi digital menjelang tahun 2030. – BERNAMA

Tags: Ekonomi DigitalMustapa MohamedMyDigital-Blueprint
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hanya 22 Tahun Aje Ke Untuk 5 Pembunuhan?

Next Post

Isu Fitnah: Puad Sedia Berdepan Muhyiddin Di Mahkamah

Related Posts

MCMC Terajui Pelaksanaan Ekonomi Digital RMK-12

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) memperlihatkan penekanan terhadap pertumbuhan ekonomi digital serta usaha memperkukuh infrastruktur dan perkhidmatan...

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Next Post

Isu Fitnah: Puad Sedia Berdepan Muhyiddin Di Mahkamah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd