• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Populasi Malaysia Kini 32.73 Juta

oleh
10/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penduduk Malaysia dianggarkan 32.73 juta orang pada suku keempat 2020, meningkat 0.4 peratus daripada 32.59 juta pada tempoh sama 2019, demikian menurut laporan Perangkaan Demografi.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin mengulas laporan perangkaan itu berkata, jumlah penduduk itu merangkumi 29.85 juta orang (91.2 peratus) warganegara dan 2.87 juta orang (8.8%) bukan warganegara.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 16.83 juta dan 15.90 juta.

Mohd Uzir berkata penduduk berumur 0 hingga 14 tahun (umur muda) pada suku tahun keempat 2020 menurun daripada 7.63 juta pada suku tahun keempat 2019 kepada 7.57 juta.

Katanya, sejumlah 468,975 kelahiran hidup direkodkan pada 2020 dan daripada jumlah itu, sebanyak 121,251 direkodkan pada suku tahun keempat 2020, iaitu menurun sebanyak 2.5 peratus berbanding suku tahun keempat 2019 dengan 124,384 kelahiran.

Mohd Uzir berkata, penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 2.24 juta kepada 2.34 juta bagi tempoh yang sama.

“Trend ini adalah selari dengan negara-negara maju yang menuju ke arah penuaan penduduk,” katanya.

Keseluruhan 174,313 kematian direkodkan pada 2020 dengan 44,390 kematian direkodkan bagi suku tahun keempat 2020, menurun sebanyak 0.4 peratus berbanding suku tahun keempat 2019 iaitu 44,566 kematian. – BERNAMA

Tags: penduduk malaysiaPopulasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

95 Peratus Penduduk Malaysia Tak Makan Sayur

95 Peratus Penduduk Malaysia Tak Makan Sayur

19/07/2022
0

SHAH ALAM: Kira-kira 95 peratus penduduk negara ini didapati tidak makan sayur seperti disaran Kementerian Kesihatan (KKM), yang menjadi antara...

Penduduk Dunia Cecah 8 Bilion Pada November Depan

Penduduk Dunia Cecah 8 Bilion Pada November Depan

12/07/2022
0

NEW YORK - Penduduk dunia dijangka mencecah sehingga lapan bilion pada 15 November tahun ini, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd