• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasas Sugarbook Direman 7 Hari

oleh
19/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengasas Sugarbook direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan aplikasi itu digunakan sebagai platform mencari perempuan simpanan.

Perintah reman itu dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Noorin Badaruddin, terhadap lelaki berusia 34 tahun itu pada prosiding semakan permohonan yang bermula jam 10.26 pagi tadi.

Permohonan semakan itu dikemukakan oleh Pengarah Pendakwaan Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad, dan Timbalan Pendakwa Raya, Shukor Abu Bakar.

Lelaki itu direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 505 (b), Seksyen 372(1)(d) dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Warga tempatan berasal dari Minden, Gelugor, Pulau Pinang itu diwakili tiga peguam, iaitu Foong Cheng Leong, T Shashi Devan dan Low Li Qun.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding, Shashi Devan berkata, anak guamnya bersetuju untuk memberi kerjasama membantu siasatan kes berkenaan.

“Anak guam juga berpendapat ia adalah platform yang baik untuk dia menyalurkan maklumat diperlukan supaya siasatan dapat dijalankan dengan cepat dan lengkap,” katanya.

Terdahulu pada sesi itu, Shashi Devan turut memohon pertimbangan mahkamah supaya tangan anak guamnya tidak digari ke belakang kerana ada masalah kesihatan di bahagian bahu.

Media semalam melaporkan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan polis untuk menahan reman lelaki itu bagi membantu siasatan kes terbabit.

Cheng Leong dipetik sebagai berkata, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noorasyikin Sahat, menolak permohonan itu selepas anak guamnya memberi aku janji akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis.

Sebelum ini, media turut melaporkan lelaki itu ditahan di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang kelmarin. – BH Online

Tags: perempuan simpanansugar babysugar daddysugarbook
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Waran Tangkap Terhadap Pengasas Sugarbook Ditarik – Peguam

01/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Shah Alam terhadap pengasas aplikasi Sugarbook, Chan Eu Boon kerana gagal...

Pengasas Aplikasi Sugarbook Dikenakan Waran Tangkap

26/03/2021
0

SHAH ALAM - Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap pengasas aplikasi Sugarbook kerana gagal menghadirkan diri untuk sebutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd