• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasas Sugarbook Didakwa Hari Ini

oleh
24/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengasas aplikasi temu janji Sugarbook didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menyiarkan kenyataan bertajuk ‘Top 10 Sugarbaby University In Malaysia’ yang mengakibatkan kegentaran awam pada 10 Februari lalu.

Tertuduh Chan Eu Boon, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Sabreena Bakar@Bahari.

Mengikut pertuduhan, usahawan perniagaan teknologi maklumat (IT) itu didakwa menyiarkan kenyataan bertajuk ‘Top 10 Sugarbaby University In Malaysia’ di laman web dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam, pada 10 pagi 10 Februari lalu.

Hantaran berkenaan kemudian dilihat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 6.26 petang, hari sama.

Berikutan itu, Eu Boon didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asraf Anuar Sharuddin yang mengendalikan kes menawarkan ikat jamin RM100,000 kerana ia kesalahan serius susulan keterangan yang dimuat naik boleh menyebabkan ramai rakyat Malaysia terbabit sugar baby. 

Peguam T Shashi Devan yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan yang rendah dengan alasan anak guamnya tidak berpotensi untuk melarikan diri.

“Tertuduh masih bujang dan berhasrat untuk berkahwin tetapi ditangguhkan kerana keadaan negara (penularan wabak Covid-19). Teman wanitanya akan menjamin beliau,” katanya.

Selain Shashi Devan, tertuduh turut diwakili peguam Pauling Hee.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Mac depan.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia diletakkan berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia selepas India dan Indonesia bagi negara yang mempunyai bilangan sugar daddy paling ramai melalui aplikasi Sugarbook.

Susulan itu, lelaki yang berasal dari Minden, Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan pada 4.30 petang 17 Februari lalu di kondominium di ibu negara. – myMetro Online

Tags: sugar babysugar daddysugarbookUiTM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd