Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Ngeri! Pelajar Perempuan Hilang...

SABAK BERNAM - Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, dekat...

Inginkan Galaxy S6 Boleh...

SAMSUNG Galaxy S6 mungkin adalah peranti Android terbaik sepanjang 2015.Rata-rata pengguna memilih jenama...

Pendakwaan Muhyiddin Bukan Serang...

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sepatutnya mempertahankan diri di makamah...

RTS Tangguh 6 Bulan,...

SEPANG – Malaysia dan Singapura mengesahkan projek Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (RTS)...

Pembahagian Kerusi Rakan Politik PN Selesai 60%

KUALA LUMPUR – Pembahagian kerusi antara PAS dan rakan politik dalam Perikatan Nasional (PN) sudah selesai 60 peratus serta dijangka dimuktamadkan sedikit masa lagi.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, hanya kira-kira 15 kerusi yang membabitkan mereka yang lompat parti dari UMNO ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum diputuskan dan masih dalam peringkat perbincangan.

Katanya, selain daripada itu, isu pengagihan kerusi berjalan lancar dengan rakan politik PN setakat ini.

“Sebanyak 15 kerusi itu dapat diselesaikan, insya-Allah. 15 kerusi saja, takkan kita nak korbankan 160 kerusi kerana 15 itu.

“Tak patut korbankan 160 kerana 15. Saya rasa ada jalan keluar,” katanya selepas menjadi tetamu rancangan Malaysia Hari Ini di Sri Pentas hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Syed Hussian Syed Aljunid dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali.


Muhammad Sanusi berkata, perbincangan sedia ada menjurus kepada pertandingan dua penjuru kecuali di kawasan yang ada pertikaian.

“Kalau tak boleh selesai sangat, semua pakat nak, bertanding tiga penjuru di 15 (kerusi) itu, di tempat lain dua penjuru,” katanya.

Ditanya persiapan Pas, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata, ia berjalan dengan baik dan beberapa mesyuarat diadakan dari semasa ke semasa secara dalam talian. – myMetro Online

Kategori