• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Gagal Gugurkan Sri Ram Daripada Pasukan Pendakwaan

oleh
15/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini gagal dalam satu lagi cubaannya untuk menggugurkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan bekas perdana menteri itu.

Ini merupakan cubaan kali ketiga Najib untuk menggugurkan Sri Ram sebagai pendakwa dalam kes jenayah berkaitan 1MDB itu. Sebelum ini, satu permohonan difailkan dalam satu lagi kes 1MDB di hadapan hakim berbeza dan cubaan kedua menerusi prosiding sivil. 

Ketika menolak permohonan Ahli Parlimen Pekan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan berkata dakwaan Najib bahawa Sri Ram terlibat dalam siasatan terhadapnya sebagai tidak ada merit.

“Tidak ada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan pemohon dan kekal sebagai hipotesis semata-mata. Isu ini telah disiasat oleh pihak pendakwaan selaku responden semasa permohonan pemohon (Najib) yang terdahulu.  

“Isu ini sudah dibincangkan dan diputuskan. Keputusan oleh mahkamah lain sebelum ini kekal dan tidak boleh diterbalikkan,” kata hakim.

Mohamed Zaini ketika memberi alasan penolakan berkata pemohon, antara lain, menjadikan komunikasi di antara bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Sri Ram sebagai bukti berat sebelah Sri Ram terhadap pemohon dan kebimbangan pemohon berhubung perkara itu adalah tidak berasas.

“Seperti juga individu lain, Sri Ram berhak mempunyai pandangan peribadi. Itu sahaja. Namun, pertimbangan berbeza akan dibuat jika beliau menunjukkan sikap berat sebelah semasa melaksanakan tugas sebagai pendakwa raya kanan. Pandangan peribadi beliau tidak boleh dianggap akan menghalang tanggungjawab beliau sebagai pendakwa raya kanan.

“Tambahan pula, kejadian itu, seperti yang dikemukakan oleh responden, berlaku ketika sebelum pelantikan Sri Ram sebagai pendakwa raya kanan. Turut penting ialah pemohon tidak membuat sebarang aduan mengenai tindak-tanduk Sri Ram ketika menjalankan perbicaraan melibatkan pemohon. Ini mengukuhkan hujah responden bahawa Sri Ram bersikap terbuka semasa menjalankan tugas sebagai pendakwa raya kanan,” kata hakim. 

Mohamed Zaini seterusnya berkata pada akhirnya, mahkamah bertanggungjawab memastikan sesebuah perbicaraan dilaksanakan secara adil demi mendapatkan keadilan.

“Mahkamah akan membantu mana-mana pihak yang dilayan secara tidak adil, jika perkara tersebut berlaku. Sehubunggan itu, permohonan pemohon ditolak,” katanya.

Perbicaraan kes laporan audit 1MDB itu akan bersambung pada 22 Februari ini.  

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Ahmad Akram Gharib bertindak bagi pihak pendakwaan, manakala Najib diwakili peguam Nur Syahirah Hanapiah.

Najib, 67, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, 45, dibicarakan atas tuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Ahli Parlimen Pekan itu dituduh menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan ke atas laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya, sementara Arul Kanda didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan ke atas laporan tersebut bagi melindungi Najib daripada dikenakan tindakan. – BERNAMA

Tags: gopal sri ramlaporan audit 1MDBNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mendiang Gopal Sri Ram

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mendiang Gopal Sri Ram

29/01/2023
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Pendakwa Raya Kanan...

Pendakwa Kes 1MDB, Gopal Sri Ram Meninggal Dunia

Pendakwa Kes 1MDB, Gopal Sri Ram Meninggal Dunia

29/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, 79, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd