• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Terima Vaksin Sinovac Bermula April Ini

oleh
02/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menerima 14 juta dos vaksin Sinovac daripada pembekal Sinovac Biotech Co Ltd, Cansino Biologics Inc dan Sinopharm China National Biotech Group Co Ltd (CNBG) secara berperingkat bermula April ini bagi Program Vaksinasi Negara secara percuma.

Pengarah Urusan Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga), Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, bagi permulaan kira-kira sejuta dos akan tersedia kepada rakyat Malaysia dan selepas itu setiap bulan berikutnya sebanyak dua juta dos akan diberikan sehingga Oktober 2021.

Katanya, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang kerana formula vaksin terbabit terbukti selamat melalui ujian klinikal dan tiada signifikan perbezaan daripada vaksin sedia ada.

“Kita sudah hantar permohonan untuk kebenaran mendapatkan vaksin bagi tujuan kecemasan dan kita jangkakan awal April 2021 vaksin ini sedia untuk dibekalkan di Malaysia.

“Malah, di Indonesia dan Turki, vaksin ini sudah diluluskan dan dicuba oleh Presidennya, Joko Widodo dan Recep Tayyip Erdogan.

“Selain Malaysia, Singapura dan Filipina juga akan mendapatkan vaksin Sinovac Covid-19 dari China,” katanya pada sidang media Pharmaniaga secara maya di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pusat Penyelidikan Pharmaniaga Berhad, Dr Badarulhisam Abdul Rahman; Pakar Vaksin, Dr Ajit Pal Singh Raina dan Ketua Penjagaan Pelanggannya, Norhana Nawawi Suri.

Bagi orang ramai yang masih tertanya dengan status halal vaksin ini, Zulkarnain berkata, pihaknya sudah pun melihat dan meneliti formula serta bahan vaksin Sinovac yang diberi.

“Vaksin dari China ini halal yang mana ia juga menerima pengiktirafan halal daripada Majlis Ulama Indonesia,” katanya.

Selain itu, ditanya adakah Pharmaniaga akan menjual vaksin terbabit kepada syarikat multinasional (MNC), Zulkarnain berkata, pihaknya sedang berbincang dengan kerajaan.

“Kerajaan juga sudah meminta kita membekalkan vaksin ini kepada MNC untuk diberi kepada pekerja asing mereka.

“Memang akan ada peruntukkan vaksin bagi pekerja asing dan mengenai harga ia masih dibincangkan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Pharmaniaga sudah bersiap sedia untuk menerima 14 juta vaksin Sinovac Covid-19 dari segi logistik dan tempat penyimpanan.

“Pharmaniaga mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam menguruskan pengedaran vaksin dan mempunyai infrastruktur yang mapan untuk menampung keperluan ini.

“Kami yakin akan dapat memproses serta menyediakan vaksin untuk diedarkan ke semua hospital, klinik dan kemudahan kesihatan lain yang dimiliki kerajaan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Sinovacvaksin covid-19vaksinasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd