• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Dalam Keadaan Terkawal Daripada Ancaman Siber

oleh
04/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia berada dalam keadaan terkawal daripada ancaman siber dan tiada keperluan untuk masyarakat berasa cemas mahupun panik, kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.

Beliau berkata bagaimanapun semua pengguna Internet harus mengambil tanggungjawab melindungi diri masing-masing daripada ancaman siber, dengan meningkatkan pengetahuan asas mengenai ancaman itu.

“CSM menawarkan pelbagai perkhidmatan keselamatan siber dalam konteks responsif dan penghalang untuk mencegah daripada kebocoran data dan melindungi keselamatan data melalui pengukuhan sistem keselamatan ICT (teknologi komunikasi dan maklumat).

“Ini bagi membantu memperkukuh atau menyelamatkan keselamatan data… di CSM, kita juga ada Pusat Bantuan Cyber999 di mana jika berlaku apa-apa insiden, pengguna boleh melaporkan kepada kami di cyber999@cybersecurity.my ataupun telefon 1-300-88-2999,” katanya sambil menambah, CSM turut bekerjasama rapat dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi dalam konteks melindungi data rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam program siaran langsung ‘Temu Minda Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM): Ancaman Siber, Adakah Malaysia Bersedia?’ bersama menterinya Datuk Saifuddin Abdullah, yang disiarkan di Facebook Live KKMM, saluran TV1 RTM dan Bernama TV malam tadi.

Baru-baru ini, kumpulan penggodam Anonymous Malaysia yang kini disiasat polis, membuat ancaman untuk menggodam laman sesawang kerajaan menerusi klip video berdurasi 55 saat yang tular di media sosial.

Ia mendakwa sistem sekuriti Malaysia berada pada tahap rendah dan boleh menyebabkan penggodam menjual segala maklumat yang bocor, selain mengatakan lebih 46 juta data pengguna syarikat telekomunikasi telah digodam sehingga kini.

Anonymous Malaysia pada 29 Januari lalu sekali lagi memuat naik video berdurasi tiga minit 17 saat yang mendakwa “scammer” terus menipu orang ramai menerusi e-mel, panggilan telefon dan laman sosial sejak 2015 berikutan kebocoran data.

Sementara itu, Ketua Pegawai Strategi Intellize Tech Services, Dr Kavita Muthy berkata tahap keseriusan ancaman siber boleh seakan-akan atau menjadi lebih besar daripada pandemik COVID-19 kerana ia juga boleh menyebabkan kehilangan nyawa, perniagaan serta memberi impak kepada ekonomi.

“Ini termasuk buli siber, iaitu suatu perkara yang tidak beretika langsung kerana kalau dulu kita nak buli orang dekat padang sekolah, tetapi sekarang di laman siber dan ia datang dengan emosi, niat untuk balas dendam atau menyakitkan hati orang lain atau beri sesuatu impak negatif kepada individu terbabit,” katanya.

Dua lagi individu selaku ahli panel dalam program berkenaan adalah Ketua Bahagian Kelestarian Digi Telecommunications, Philip Ling dan Pembentang Terbaik Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaaan 2019, Branden Carl Murray.

Terdahulu, Saifuddin berkata tema bagi sambutan Hari Keselamatan Internet di Malaysia pada 9 Februari ini adalah “Etika Siber” sambil memberitahu, rakyat berada dalam talian sekitar lima hingga 12 jam sehari secara purata.

Hari Keselamatan Internet disambut seluruh dunia pada hari kedua, minggu kedua bulan Februari setiap tahun. – BERNAMA

Tags: Ancaman SiberAnonymous Malaysiapenggodamscammer
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Semua Jawatan UMNO Dipertandingkan – Zahid

Next Post

3 Lelaki Malaysia Antara 17 Kes Import COVID-19 Di Singapura

Related Posts

‘Scammer’ Menyamar Anuar Zain

‘Scammer’ Menyamar Anuar Zain

13/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain memberi amaran kepada peminat supaya tidak mudah terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai dirinya. IKUTI...

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

09/03/2024
0

WASHINGTON: Microsoft mendakwa kumpulan penggodam tajaan Russia bernama Midnight Blizzard cuba menceroboh sistemnya sekali lagi, dengan menggunakan maklumat yang dicuri...

Next Post

3 Lelaki Malaysia Antara 17 Kes Import COVID-19 Di Singapura

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd