• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Raja-Raja Putuskan Status Ajaran Sesat Pemilik FB

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Majlis Raja-Raja Melayu akan memutuskan status sebenar berhubung seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa terbabit dengan ajaran sesat, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Abdul Aziz Jusoh, berkata perkara itu sudah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-118 pada minggu lalu.

Katanya, keputusan muzakarah itu sudah diserahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan menunggu keputusan untuk diumumkan.

“Setakat ini, saya tidak boleh mendedahkan keputusan muzakarah dan kita tunggu keputusan Majlis Raja-Raja Melayu,” katanya kepada media pada Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Musa’adah COVID-19 JAKIM-Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Pelepasan Konvoi Program Musa’adah Bantuan Bencana Alam Pasca Banjir JAKIM-YWM ke Pasir Mas, Kelantan di Kompleks Islam JAKIM Putrajaya di sini, hari ini.

Pelepasan konvoi disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Yang turut hadir, Pengarah Kanan, Institut Latihan Islam Malaysia, yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Dr Nordin Ahmad dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Hakimah Mohd Yusof.

Sebelum ini media melaporkan, seorang wanita yang didakwa terbabit dengan ajaran sesat, sudah hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Bangunan Sultan Idris Shah, di Shah Alam, bagi memberi keterangan.

Sementara itu, Program Musa’adah Bantuan Bencana Alam Pasca Banjir JAKIM-YWM ke Pasir Mas, Kelantan itu membabitkan bantuan berjumlah RM60,000 berbentuk barangan seperti dapur gas, kelengkapan tidur seperti tilam bantal dan gebar, keperluan wanita dan kanak-kanak serta barangan kering.

Abdul Aziz berkata, turut menyumbang dalam misi bantuan ke Kelantan ini ialah Masjid Negara Kuala Lumpur sebanyak RM10,000, syarikat Ajinomoto (Malaysia) Berhad menyumbang pek makanan berjumlah RM4,250 serta sumbangan ke Tabung Musa’adah COVID-19 berjumlah RM5,000.

Katanya, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad turut menyumbang RM100,000 untuk disalurkan kepada sekolah-sekolah tahfiz, rumah anak yatim dan rumah perlindungan orang bukan Islam terpilih.

“JAKIM turut mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Persatuan Kebajikan Warga Islam (PEKWI) Hospital Putrajaya untuk disampaikan kepada petugas barisan hadapan di hospital itu.

“Tidak ketinggalan seramai 200 guru KAFA Negeri Kelantan yang terkesan COVID-19 menerima bantuan sebanyak RM300 seorang termasuk Sumbangan Pasca Banjir Kampung Orang Asli di Pahang, Kelantan, Perak dan Johor, berjumlah RM129,700,” katanya. – BH Online

Tags: Ajaran SesatfacebookMajlis Raja-Raja Melayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Muat Naik Gambar Dengan Kapsyen ‘Alhamdulillah

Facebook Najib Razak Muat Naik Gambar Dengan Kapsyen ‘Alhamdulillah

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman Facebook rasmi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuat naik sekeping gambar beliau diiringi...

Tiga Individu Dipenjara 12 Bulan, Johor Tegas Basmi Ajaran Sesat – Mohd Fared

Tiga Individu Dipenjara 12 Bulan, Johor Tegas Basmi Ajaran Sesat – Mohd Fared

23/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru semalam menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM5,000 bagi setiap kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd