• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Ekonomi Digital Bantu Selaraskan Agensi, Kementerian

oleh
17/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Ekonomi Digital di bawah Unit Perancang Ekonomi (UPE) dibentuk untuk menyelaras dasar berkaitan ekonomi digital yang membabitkan pelbagai kementerian dan agensi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed. 

Beliau berkata adalah wajar bagi EPU sebagai agensi persekutuan yang bertanggungjawab dalam merancang pembangunan ekonomi Malaysia untuk jangka sederhana dan panjang, membuat serta membentangkan kajian mengenai ekonomi digital negara bagi memudahkan penyelarasan itu. 

“Sebelum ini, banyak jawatankuasa telah dibentuk jadi sekarang hanya ada satu majlis kerana pendigitalan merentasi banyak sektor dan bidang. 

“Majlis ini merangkumi enam kluster seperti bakat digital, infrastruktur digital, teknologi baharu, ekonomi halal, komuniti dan kerajaan,” katanya pada ‘Bicara Naratif’ TV1 malam ini, yang bertajuk “Digital Asas Ekonomi Masa Depan”.

Majlis Ekonomi Digital yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyaksikan pelancaran ‘MyDigital-Blueprint Digital Economy Malaysia’ pada Jumaat ini.

Sementara itu, Mustapa berkata setiap kluster dalam majlis tersebut akan dipengerusikan oleh menteri berkaitan, dengan objektif tertentu bagi memastikan kerajaan dapat mencapai hasratnya untuk menyediakan infrastruktur serta akses internet kepada rakyat Malaysia.  

Antara sasaran yang ditetapkan dalam rangka tindakan itu adalah akses kepada pembelajaran dalam talian untuk setiap pelajar; meningkatkan celik digital rakyat termasuk penggunaan digital bagi perniagaan mikro, kecil dan sederhana.   

Inisiatif yang akan diperkenalkan itu didasarkan kepada asas sedia ada tetapi dengan penekanan baharu. 

“Rangka kerja ini akan mempunyai tiga fasa iaitu pendek, sederhana dan panjang (10 tahun). Butiran lanjut bagaimanapun akan diketahui Jumaat ini,” katanya lagi. – BERNAMA

Tags: Majlis Ekonomi DigitalMustapa Mohamedunit perancang ekonomi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd