• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Permohonan Lucut Hak Wang UMNO Johor

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk melucut hak wang berjumlah RM677,872.55, yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, yang didakwa berkaitan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan pendakwa raya selaku pemohon, terhadap Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor sebagai responden.

Dalam penghakiman, Muhammad Jamil berkata, mahkamah mendapati pemohon gagal membuktikan wang yang disita adalah hasil daripada aktiviti haram dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor mengemukakan keterangan untuk membuktikan bahawa wang yang disita itu diterima daripada sumber-sumber lain.

“Atas imbangan kebarangkalian, mahkamah dapati pemohon gagal membuktikan bahawa wang yang disita adalah hasil daripada aktiviti haram. Oleh itu, permohonan pemohon ditolak,” kata hakim itu.

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim, manakala peguam Syahrul Syazwan Salehin mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

Permohonan lucut hak itu difailkan pendakwa raya terhadap UMNO Negeri Johor mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Sebelum ini, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, agensi itu memfailkan permohonan tersebut terhadap 41 entiti yang terdiri daripada individu, syarikat dan parti politik untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta, yang mempunyai kaitan dengan 1MDB yang SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – BERNAMA

Tags: 1MDBmahkamahSPRMUMNO Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Johor Sambut Baik Tahanan Rumah Najib, Sokong Tabung Solidariti Najib Razak

UMNO Johor Sambut Baik Tahanan Rumah Najib, Sokong Tabung Solidariti Najib Razak

18/09/2026
0

JOHOR BAHRU - UMNO Johor menerima keputusan rasmi berkaitan pelaksanaan baki hukuman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd