• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Dalam Proses Mansuh Syarat i-Sinar – Tengku Zafrul

oleh
11/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar.

Menurut beliau, ia berikutan nasihat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambah baik inisiatif tersebut setelah mengambil kira maklum balas pihak awam.

“Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.

“Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran daripada simpanan akaun satu mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Beberapa pemimpin politik daripada kerajaan dan pembangkang juga mendesak kerajaan supaya memudahkan proses pengeluaran simpanan KWSP untuk meringankan bebanan kewangan yang dihadapi rakyat Malaysia ketika pandemik Covid-19.

Pada Disember lalu, KWSP mengumumkan dua kategori yang layak untuk melakukan kemudahan pengeluaran simpanan membabitkan lapan juta ahlinya yang layak melalui skim i-Sinar.

Pada Rabu, Tengku Zafrul memberi jaminan kerajaan akan segera melakukan penambahbaikan terhadap aduan pencarum KWSP.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi.

Menurutnya, KWSP telah memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran dari akaun satu dan jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal.

“Iaitu pertamanya, bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.

“Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000,” katanya.

Keduanya, Tengku Zafrul berkata, bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan akaun satu mereka.

“Bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000,” katanya.

Beliau berkata, berikutan perubahan yang perlu dilakukan kepada sistem dan proses dalaman i-Sinar Online, KWSP memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan pembaharuan ini.

“Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat oleh KWSP dan kerajaan amat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan sistem ini dilaksanakan.

“Ahli juga dinasihatkan agar merujuk maklumat sahih daripada KWSP melalui saluran komunikasi rasminya dan sentiasa berwaspada dengan maklumat yang tidak sahih dan bertujuan untuk menipu dan mengelirukan ahli,” tegasnya. – Sinar Harian

Tags: i-SinarKWSPTengku Zafrul Tengku Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bantuan One-off Petugas KKM Mula Dibayar 1 Mac

Next Post

Kelonggaran PKP 2.0 Demi Kelangsungan Hidup Rakyat

Related Posts

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%)...

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan...

Next Post

Kelonggaran PKP 2.0 Demi Kelangsungan Hidup Rakyat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd