• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Akui Ada Transaksi Tak Sah i-Lestari

oleh
16/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengesan transaksi tidak sah permohonan pengeluaran tabungan melalui skim i-Lestari yang dilakukan individu lain, menggunakan akaun ahli.

Perkara itu dikenal pasti susulan siasatan dalaman yang dilakukan selepas seorang pengurus syarikat mendedahkan berlaku transaksi pengeluaran daripada akaun simpanan melalui skim itu, sedangkan tiada permohonan dibuatnya.

KWSP dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan menerusi siasatan yang dijalankan, mendapati ahlinya itu memang tidak membuat permohonan i-Lestari dan transaksi itu diklasifikasikan sebagai tidak sah. 

“Tindakan pembatalan permohonan itu sudah dilakukan dan pemulihan akaun saudara Muammar Gadafi Othman sedang dijalankan.

“KWSP memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh saudara Muammar dan kami sudah berhubung dengan beliau untuk memberikan keterangan lanjut,” katanya.

Menurut kenyataan, KWSP juga mengucapkan terima kasih kerana pendedahan itu membawa perhatian mereka terhadap kes berkenaan.

“Berikutan kes ini serta sebilangan kes berbaur penipuan oleh ‘scammer’ yang masih berlaku dalam kalangan ahli, KWSP menasihat ahli supaya sentiasa peka dengan aktiviti akaun, terutamanya transaksi yang meragukan. 

“Untuk memudahkan ahli menyemak aktiviti akaun, ahli dinasihatkan untuk mendaftar i-Akaun untuk semakan berkala,” katanya.

Menurut kenyataan itu, aduan boleh diajukan kepada Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di talian 03- 89226000 dari jam 8 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat atau melalui laporan secara dalam talian di laman web KWSP di http://enquiry.kwsp.gov.my.

Terdahulu, BH menerusi berita bertajuk ‘Pengurus syarikat kesan pengeluaran i-Lestari pihak tidak dikenal’ yang disiarkan pada 14 Februari lalu, Muammar mendakwa berlaku transaksi mencurigakan dalam akaun KWSP miliknya.

Muammar, 43, awalnya tidak menyedari mengenai pengeluaran berkenaan sehinggalah mahu mengeluarkan wang dalam akaun terbabit, pada November tahun lalu.

Katanya, pada ketika itu, beliau menyedari ada permohonan pengeluaran i-Lestari setiap bulan daripada November hingga Mac 2021 untuk dikreditkan terus ke satu akaun lain.

“Saya nampak ada nombor akaun lain tertera, namun tidak mengesyaki apa-apa sebelum menukar kembali ke nombor akaun saya.

“Saya sekali lagi memeriksa akaun KWSP hari ini (14 Februari) dan mendapati individu terbabit berjaya mengeluarkan RM500 daripada akaun saya, pada 17 November lalu secara cek bank,” katanya.

Beliau kemudian meminta isterinya turut memeriksa akaun KWSP dan mendapati berlaku pengeluaran i-Lestari oleh individu lain. – BH Online

Tags: i-lestariKWSPscammer
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ahli Politik, Isteri Didakwa Edar Dan Tanam Ganja

Next Post

Vaksin COVID-19 Selamat, Tiada Mikrocip – Dr Rohaizat

Related Posts

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%)...

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan...

Next Post

Vaksin COVID-19 Selamat, Tiada Mikrocip - Dr Rohaizat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd