• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kolam Pancing, Institut Memandu, Gimnasium Antara Dibenar Operasi

oleh
11/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Premis perniagaan berkaitan aktiviti memancing seperti kolam pancing, pelantar pancing, rumah rakit dan bot memancing dibenarkan beroperasi semula mulai esok dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan juga setuju membenarkan institut latihan memandu dan pusat latihan penerbangan beroperasi semula, selain gimnasium, dewan badminton dan padang golf.

“Kerajaan sebelum ini telah benarkan aktiviti memancing bagi tujuan sara hidup di bawah sektor perikanan, namun kita terima banyak rayuan melibatkan pengusaha-pengusaha kolam pancing, houseboat dan bot memancing ini yang hilang mata pencarian,” katanya dalam sidang media mengenai PKP di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata kesemua pembukaan sektor ini diputuskan selepas penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.

Beliau berkata Kementerian Belia dan Sukan turut mengemukakan permohonan untuk aktiviti sukan lain yang bersifat individu dan tanpa sentuhan bagi tujuan kecergasan diri, penjagaan kesihatan individu, peningkatan kemahiran kendiri serta kelangsungan industri sukan negara.

“Setelah penilaian risiko dibuat, kerajaan setuju membenarkan aktiviti joging dan brisk walking, berbasikal dan senaman yang terhad kepada dua orang dan dilakukan dalam kawasan kejiranan sahaja, tenis, badminton dan ping pong yang melibatkan acara perseorangan sahaja, permotoran (dua roda dan empat roda).

“Selain itu, aktiviti lain dibenarkan ialah aktiviti sukan seperti bola sepak, bola keranjang, hoki dan sepak takraw boleh dilakukan secara latihan kemahiran kendiri (tanpa aktiviti bersentuhan),” katanya.

Sementara itu, mengenai fasiliti sukan dan rekreasi seperti gelanggang tenis dan badminton, gimnasium dan pusat litar permotoran, beliau berkata penggunaannya perlu dilakukan secara penjadualan dan tempahan sahaja manakala ‘walk in’ atau secara terus tidak dibenarkan untuk mengelakkan penularan jangkitan COVID-19.

Ismail Sabri berkata bagi golf, gimnasium, badminton, tenis dan ping pong, kesemua aktiviti itu tertakluk kepada SOP tersendiri antaranya penjarakan fizikal dalam gimnasium, keberadaan individu dalam premis mengikut kapasiti sedia ada, jarak susunan peralatan sebagainya.

Beliau berkata butiran lanjut mengenai SOP tersebut boleh didapati di laman sesawang MKN. – BERNAMA 

Tags: gimnasiumInstitut Memandukolam pancingperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Akta Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjut Hingga 31 Disember

29/07/2021
0

PETALING JAYA – Penguatkuasaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dilanjutkan bagi tempoh bermula 2 Ogos sehingga 31 Disember 2021....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd