• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Akan Saring COVID-19 Guna Sampel Air Liur

oleh
18/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan ujian COVID-19 menggunakan persampelan air liur (deep throat saliva) di beberapa hospital kerajaan dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata berdasarkan penilaian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), kaedah itu mempunyai sensitiviti sebanyak 96.67 peratus dan ketepatan iaitu spesifisiti 100 peratus.

Selain itu, kaedah persampelan itu selamat dan tidak invasif berbanding persampelan dengan kaedah ‘nasopharyngeal’ serta ‘oropharyngeal’ swab iaitu melalui hidung dan mulut, katanya. 

“KKM telah mendapat kelulusan secara prinsip daripada IMR untuk gunakan kaedah persampelan guna air liur ini di fasiliti kesihatan iaitu hospital kerajaan terlebih dahulu.

“Persampelan COVID-19 melalui air liur ini juga akan mempercepat dan meningkatkan saringan COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan 2.7 juta picagari jenis low dead-volume berjumlah RM891,000 daripada Etiqa Family Takaful Berhad di kementeriannya di sini, hari ini.

Dr Adham berkata, kaedah persampelan menggunakan air liur itu bersifat “self-collected” iaitu dikumpul sendiri dan dijangka menjimatkan pemakaian penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE).

“Pesakit akan diminta mengeluarkan sendiri air liur ke dalam cawan spesimen dan cawan itu kemudiannya akan dihantar ke makmal untuk diuji,” katanya.

Dr Adham berkata, kaedah persampelan menggunakan air liur itu sesuai bagi ujian ‘Real-Time Reverse Transcriptase-PCR’ (RT-PCR) COVID 19. 

“Sekarang, IMR sedang melengkapkan kajian penggunaan sampel air liur untuk ujian RTK antigen (RTK Ag),” katanya, sambil menambah persampelan melalui hidung dan mulut masih lagi digunakan untuk mengesan COVID-19.

Beliau berkata persampelan bagi ujian COVID-19 dengan menggunakan air liur telah dijalankan di beberapa negara dan ia terbukti lebih murah dan menjadi antara kaedah mengumpul sampel paling konsisten. – BERNAMA

Tags: Covid-19KKMujian saringan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd