• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sediakan 5 Kaedah Pendaftaran Vaksin COVID-19

oleh
16/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyediakan lima kaedah pendaftaran menerusi dalam talian atau secara manual untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di negara ini.

Menurut Buku Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) hari ini, dua kaedah secara dalam talian adalah pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera atau laman sesawang khas di www.vaksincovid.gov.my.

Bagi pendaftaran secara manual pula, terdapat tiga kaedah yang membolehkan orang ramai mendaftar iaitu dengan menghubungi talian hotline (akan dimaklumkan kemudian), hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta, atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Maklumat janji temu seperti tarikh dan tempat vaksinasi akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas SMS,” demikian menurut buku itu.

Proses vaksinasi bagi mereka yang mendaftar secara dalam talian mahupun manual adalah sama, merangkumi 18 langkah.

Bagaimanapun, bagi inidividu yang menerima vaksin jenis satu dos, langkah vaksinasi tamat pada Langkah 9 dan Sijil Imunisasi Vaksin COVID-19 Digital akan diberikan, manakala penerima vaksin jenis dua dos proses tamat di Langkah 18.

Berikut adalah proses vaksinasi COVID-19:

Langkah 1: Pendaftaran secara dalam talian (MySejahtera dan di www.vaksincovid.gov.my) atau secara manual (talian hotline, fasiliti klinik kesihatan dan program bantuan)

Langkah 2: Terima tarikh janji temu

Langkah 3: Hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

Langkah 4: Saringan suhu dan gejala

Langkah 5: Daftar kod QR dan semakan identiti

Langkah 6: Konsultasi dan mengisi borang kebenaran

Langkah 7: Terima suntikan dan sahkan pemerimaan vaksin (Dos 1)

Langkah 8: Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan.

Langkah 9: Terima kad vaksin dan Sijil Imunisasi Vaksin COVID-19 (bagi penerima jenis vaksin satu dos)

Langkah 10: Pemantauan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) COVID-19

Langkah 11: Terima tarikh janji temu (suntikan dos kedua)

Langkah 12: Hadir ke PPV

Langkah 13: Saringan suhu dan gejala

Langkah 14: Daftar kod QR dan semakan identiti

Langkah 15: Terima suntikan dan sahkan pemerimaan vaksin (Dos 2)

Langkah 16: Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan.

Langkah 17: Terima Sijil Imunisasi Vaksin COVID-19 Digital dan kemas kini kad vaksin (bagi dafta manual)

Langkah 18: Pemerhatian kesihatan diri untuk sebarang kesan sampingan.

Individu yang mengalami kesan sampingan suntikan boleh membuat laporan di fasiliti kesihatan terdekat, aplikasi MySejahtera dan di portal laporan ConSERF NPRA di www.npra.gov.com.

Sementara itu, sehingga hari ini, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada lima pengeluar vaksin wabak itu.

Menurut buku berkenaan, daripada lima pengeluar vaksin itu, Pfizer-BioNTech telah memperoleh kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Jan lepas, manakala empat calon vaksin COVID-19 masih sedang diproses untuk kelulusan NPRA.

Bekalan vaksin daripada lima pembekal itu akan diterima oleh Malaysia secara berperingkat bermula Februari tahun ini dan tertakluk kepada kelulusan pendaftaran PBKD.

Vaksin dua dos merangkumi vaksin dari syarikat Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac) dan CanSinoBIO, manakala vaksin satu dos daripada Sputnik V. – BERNAMA

Tags: Imunisasivaksin covid-19vaksinasi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Waspada Gadai Barang Berharga, Elak Jadi Mangsa Tipu

Next Post

312,390 Dos Vaksin COVID-19 Dalam Penghantaran Pertama

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

Next Post

312,390 Dos Vaksin COVID-19 Dalam Penghantaran Pertama

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd