Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

6 Tapak Pelupusan Alami...

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam tapak pelupusan sisa pepejal (TPS) didapati mengalami isu...

PAN Minta Umat Islam...

KUALA LUMPUR - Sikap taksub kepada agama punca kepada kejadian keganasan yang berlaku...

Permohonan Maaf Sehingga Jam...

PELAKON, Rozita Che Wan atau Che Ta membuat sidang media berhubung bekas pemandu...

Catatan Perjalanan Media Malaysia...

SELEPAS berjaya memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa, rombongan media Malaysia turut berpeluang menyaksikan sendiri...

Keputusan Rosmah Bebas Atau Bela Diri 18 Februari

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada Datin Seri Rosmah Mansor akan dilepaskan atau dipanggil membela diri atas tuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak, akan diketahui 18 Februari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed, Zaini Mazlan, menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan peguam yang mewakili isteri bekas Perdana Menteri itu, hari ini. 

Rosmah menghadapi satu tuduhan meminta wang berjumlah RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.

Pada 15 November 2018, beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas dua tuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagi pertuduhan pertama, Rosmah didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada Saidi.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit dekat sini antara Mac dan April 2016.


Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jejak Holdings mendapatkan projek itu di ‪No 11, Jalan‬ ‪Langgak‬ ‪Duta,‬ ‪Taman‬ ‪Duta‬, pada 7 September 2017.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.

Semua kes itu telah dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan yang bermula 5 Februari tahun lalu. – BH Online

Kategori