• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Teliti Gejala Sosial Dalam Kalangan Mahasiswa

oleh
26/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa ditubuhkan bagi meneliti dan menangani masalah sosial dalam kalangan mahasiswa.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini, berkata jawatankuasa itu dipengerusikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman.

Selain itu katanya, ia turut dianggotai beberapa kementerian dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk wakil pelajar daripada institusi pengajian tinggi (IPT).

Difahamkan, antara tujuan penubuhan jawatankuasa itu adalah bagi mengatasi isu berkaitan pembabitan mahasiswa dalam aplikasi yang mempromosi gaya hidup tidak bermoral, Sugarbook.

“Wakil daripada kementerian dilantik bagi menganggotai jawatankuasa ini terdiri dari Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary. 

“Jawatankuasa ini turut disertai wakil pelajar, iaitu Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri; Yang Dipertua Universiti Kuala Lumpur, Ali Hanifah Amran dan Naib Presiden III, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Muhammad Nazmi Hakimi Mohd Eirman,” katanya.

Kenyataan itu berkata, KPT amat prihatin terhadap pembentukan dan pemerkasaan sahsiah mahasiswa ke arah melahirkan individu bertanggungjawab serta prihatin terhadap ketidakseimbangan dalam pembangunan komuniti sejagat. 

“KPT berharap agar penubuhan jawatankuasa dan jalinan kerjasama antara agensi ini dapat meningkatkan perkembangan sahsiah serta menangani permasalahan sosial mahasiswa secara holistik,” katanya. – BH Online

Tags: KPTmahasiswamasalah sosialsugarbook
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus...

KPT Pantau Kebajikan Tujuh Pelajar Malaysia Di Iran

KPT Pantau Kebajikan Tujuh Pelajar Malaysia Di Iran

24/06/2025
0

LANGKAWI - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau keadaan tujuh pelajar Malaysia yang masih berada di Iran susulan ketegangan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd