• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JALSOA Bantah Penulisan Thomas Hina Pegawai Undang-Undang

oleh
03/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (JALSOA) hari ini menyatakan bantahan tegas atas penulisan Tan Sri Tommy Thomas dalam buku berjudul “My Story: Justice in The Wilderness” yang menghina Pegawai Undang-undang secara keseluruhan.

Jawatankuasa Eksekutif JALSOA dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan bekas Peguam Negara itu yang menggelarkan Pegawai Undang-undang di Jabatan Peguam Negara sebagai peguam kerajaan yang hanya menunggu gaji bulanan dan menantikan pencen selepas persaraan serta menjalankan kerja pentadbiran, adalah bersifat jahat malah menghina Pegawai Undang-undang secara keseluruhannya.

“JALSOA amat terkilan dan terjejas dengan kenyataan beliau itu. Pegawai Undang-undang sama ada yang ditempatkan di Jabatan Peguam Negara mahupun di mahkamah sentiasa menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka menurut peruntukan undang-undang tanpa mengira siapakah peguam negara atau kerajaan yang memerintah.

“Cabaran, dugaan dan tekanan dalam tugasan seorang Pegawai Undang-undang memberi implikasi bukan kepada mana-mana individu dan pelanggan tetapi memberi kesan kepada kepentingan negara dan kepentingan awam dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.

“Kami tidak bekerja untuk mengejar populariti individu, malahan dasar kerahsiaan, integriti dan profesionalisme yang ditekankan di dalam perkhidmatan awam sentiasa melatari setiap tindakan dan tatakerja Pegawai Undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, sebagai bekas Ketua Perkhidmatan kepada Pegawai Undang-undang dalam Skim Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Thomas tidak wajar mempertikaikan kemampuan, keupayaan dan keboIehan pegawai undang-undang di bawah seliaan beliau dalam tempoh yang singkat, apatah lagi menyebut dengan jelas nama pegawai undang-undang dalam bukunya dengan cemuhan.

Pegawai Undang-undang yang mempunyai kelayakan dan kelulusan akademik yang setaraf dengan peguam swasta hadir mewakili kerajaan dan berjuang dalam pertikaian pihak-pihak di mahkamah termasuk pertikaian dan rundingan antarabangsa demi kepentingan negara.

Pandangan Thomas amat tidak bertamadun dan mencerminkan kedangkalan pemikirannya. Apa-apa jua perasaan tidak puas hati beliau semasa berurusan dengan pegawai undang-undang tidak wajar dan tidak patut dicoretkan untuk tatapan umum. Persepsi itu adalah ciptaan Thomas sendiri atas kegagalannya dalam menerajui Jabatan Peguam Negara serta memahami pentadbiran perkhidmatan awam.

JALSOA berpendirian bahawa Thomas sewajarnya menjaga kehormatan dan nama baik Peguam Negara yang pernah disandang beliau serta institusi perkhidmatan perundangan dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. – BERNAMA

Tags: JALSOAPegawai Undang-UndangTommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

15/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa kerajaan menyiasat tindakan mana-mana pihak yang mencetuskan ruang memanipulasi mekanisme...

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

08/12/2022
0

Umno mesti kekal bertindak sebagai pendorong, semak dan imbang kepada kerajaan semasa tanpa kompromi, kata ahli Majlis Kerja Tertingginya Mohd...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd