• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Dipanggil Ke Bukit Aman Kes Tolak Darurat

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis memanggil Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dibuat pada 12 Januari lalu.

Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Rayer berkata, beliau telah dihubungi pegawai penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada Isnin.

“Guan Eng akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dilihat mempersoalkan perkara itu menerusi Twitter beliau dengan memuat naik kenyataan Rayer tersebut.

“Satu lagi tindakan untuk melenyapkan suara pembangkang selepas Parlimen digantung demi mengekalkan kuasa kerajaan PN (Perikatan Nasional) yang sudah kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen?” tulisnya.

Pada 12 Januari lalu, PH dalam satu kenyataan bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Guan Eng menolak rasional serta alasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan Malaysia daripada ancaman Covid-19.

Menurut mereka, undang-undang sedia ada termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan adalah mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak tersebut. – Sinar Harian

Tags: Bukit AmandaruratLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd