• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Dan Kesihatan Harus Seimbang – Ismail Sabri

oleh
01/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – Kerajaan perlu memastikan kehidupan dan kesihatan rakyat dalam keadaan seimbang dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam keadaan pandemik Covid-19 yang sudah mencecah empat angka, kerajaan perlu memastikan rakyat dilindungi namun pada masa sama mempunyai pendapatan untuk meneruskan hidup.

Menurutnya, apabila sektor ekonomi ditutup sepenuhnya dalam PKP pasti ramai yang terjejas khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan menerima gaji harian.

“Kalau tutup sepenuhnya (ekonomi), adakah rakyat boleh meneruskan kehidupan kerana pendapatan sudah pasti terjejas.

“Kita kena jaga ekonomi terutama golongan miskin yang bergantung kepada pendapatan harian kerana mereka bekerja dan berniaga bukan kerana mahu kaya tapi untuk hidup.

“Kita tidak mahu rakyat mati akibat Covid-19 namun pada masa sama tidak mahu rakyat tiada pendapatan untuk hidup,” katanya pada sidang media selepas tinjauan di sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Mengulas lanjut mengenai lanjutan PKP 2.0, Ismail Sabri berkata, keputusan itu akan dibuat dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, esok.

Beliau berkata, penelitian lanjut akan dibuat hasil laporan penilaian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi terkini Covid-19 di Malaysia setakat ini.

“Keputusan melanjutkan PKP 2.0 ini akan dibuat selepas mesyuarat esok hasil penelitian KKM terhadap keadaan semasa sekiranya wujud keperluan untuk berbuat demikian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan meminda Ordinan Darurat untuk memastikan penempatan pekerja lebih kondusif dipatuhi majikan kerana kluster tempat kerja menjadi penyumbang utama pertambahan kes Covid-19 setiap hari.

Katanya, keadaan tempat tinggal yang tidak sesuai menyebabkan penularan kes dalam kalangan warga asing semakin bertambah.

“Kerajaan juga sudah mewajibkan semua majikan untuk membuat ujian swab untuk pekerja asing mereka mulai hari ini.

“Di Malaysia kini terdapat 1.7 juta pekerja asing dan jika satu atau dua peratus yang dijangkiti juga sudah menyebabkan kes naik mendadak.

“Kerajaan mahu kawal penularan kes daripada merebak ke dalam komuniti kerana itu lebih berbahaya,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19Ekonomikesihatanperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd