• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Adham Turun Padang Tinjau Penguatkuasaan SOP Di Kilang

oleh
05/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini turun padang meninjau pelaksanaan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 di sebuah kilang elektronik di sini.

Beliau yang meluangkan masa kira-kira 20 minit turut diberi taklimat oleh pengurusan kilang berkenaan, yang turut disertai Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datin Dr Harlina Abdul Rashid.

Dr Adham ketika ditemui media berkata beliau membuat lawatan ke kilang itu selepas 61 daripada 416 individu yang disaring disahkan kes positif dengan kadar positiviti 14.7 peratus.

“Kita telah menjalankan tanggungjawab kita melalui penguatkuasaan dengan mengarahkan penutupan kilang ini dari 3 hingga 9 Feb untuk kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi. Kita akan terus beri pendidikan kesihatan kepada pengurusan kilang dan pekerja untuk memutuskan rantaian COVID-19 di kawasan ini,” katanya di sini.

Beliau berkata setiap kilang di negara ini terdedah kepada jangkitan COVID-19 dan sehingga semalam terdapat empat kluster baharu melibatkan kilang direkodkan dengan dua di Selangor dan masing-masing satu di Johor dan Negeri Sembilan.

Dr Adham berkata dalam gelombang ketiga COVID-19, 157 kluster membabitkan kilang direkodkan dengan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 38,849 kes.

“Kita juga telah menyaring 147,916 individu yang dikesan sebagai kontak rapat, sama ada positif atau negatif, dan kita dapati 157 kluster ini merupakan kluster tertinggi daripada keseluruhan 446 kluster tempat kerja dalam gelombang ketiga COVID-19,” katanya.

Beliau berkata semua pengusaha kilang di negara ini juga perlu mematuhi SOP yang ditetapkan pada setiap masa untuk membolehkan mereka terus beroperasi, sekali gus membantu memutuskan rantaian COVID-19.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru semua majikan supaya mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

“Kita juga telah memaklumkan kepada pihak majikan di tempat kes-kes positif COVID-19 dikesan, kita rawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan hospital manakala kontak rapat mesti diasingkan.

“Alhamdulillah pihak majikan telah menyediakan pusat kuarantin yang bersesuaian dan mematuhi keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani COVID-19,” katanya. – BERNAMA

Tags: Covid-19Dr Adham BabakilangSOP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPN Bawa Rayuan SOP Tahun Baharu Cina Ke MKN

Next Post

Muhyiddin Sifatkan Lawatan Rasmi Ke Indonesia Amat Berjaya

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Muhyiddin Sifatkan Lawatan Rasmi Ke Indonesia Amat Berjaya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd