• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daftar Terima Vaksin Covid-19 Di MySejahtera Bermula Hari Ini

oleh
23/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pendaftaran untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 boleh dibuat di aplikasi MySejahtera telefon pintar masing-masing bermula hari ini (Selasa).

Aplikasi MySejahtera merupakan langkah yang paling cepat untuk mendaftar berbanding empat cara lain yang disediakan.

Pengguna perlu mengemas kini aplikasi tersebut kepada versi 1.0.28 terlebih dahulu bagi meneruskan pendaftaran.

Apabila kemas kini, terdapat satu ruangan vaksin Covid-19 dan apabila ditekan pemohon diminta untuk mengesahkan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.

Setelah disahkan, pemohon boleh terus mendaftar untuk vaksinasi dan dimaklumkan bahawa fasa satu yang bermula esok, 24 Februari hanya untuk barisan hadapan buat masa ini.

Namun, pemohon boleh meneruskan proses pendaftaran dan akan diberitahu apabila fasa seterusnya bermula.

Untuk mendaftar, perlu menjawab empat soalan yang merangkumi minat untuk diberi vaksin, sejarah penyakit, sama ada pemohon terdaftar sebagai orang kurang upaya (OKU) dan alamat rumah sekarang.

Aplikasi MySejahtera mengesyorkan pemohon mengaktifkan pemberitahuan supaya dapat menerima makluman mengenai status vaksinasi.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilaksanakan dalam tiga fasa bermula 24 Februari ini dengan fasa pertama dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.

Fasa kedua pula iaitu dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang.

Fasa ketiga dari Mei 2021 hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran lebih 13.7 juta orang. – Sinar Harian

Tags: mysejahteravaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Guna Semula Aplikasi MySejahtera Pantau Kes COVID-19’

‘Guna Semula Aplikasi MySejahtera Pantau Kes COVID-19’

15/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) disaran mengguna pakai lima langkah strategik untuk mengawal penularan kes COVID-19 di negara ini termasuk...

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd