Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

Menarik.. PWTC Bakal Dibanjiri...

ADALAH sesuatu yang merugikan jika terlepas peluang untuk menghadiri Festival Wanita Muda yang...

Rimas Diganggu Lelaki Singapura...

SEORANG ratu cantik, Miss Montenegro 2015, Natasha Milosavljevic, 23, rimas selepas dihujani dengan panggilan...

Peguam Negara Mesti Beritahu...

PUTRAJAYA - Peguam Negara Tommy Thomas bertanggungjawab untuk memberitahu mahkamah maklumat sebenar mengenai...

Catriona Gray Dikecam Peraga...

CATRIONA Gray menempa sejarah apabila dinobat Miss Universe 2018, bagaimanapun kali ini Ratu...

Budak Mangsa Dera Selamat Dikebumikan Di Jasin

JASIN – Jenazah kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang ditemukan lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya di sini, Jumaat lepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh di sini, kira-kira 12.40 tengah hari ini.

Jenazah dituntut keluarga kandung ibunya di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka kira-kira 10.05 pagi tadi dan disolatkan di Surau Madrasah As Syakirin sebelum dibawa ke tanah perkuburan yang terletak 600 meter dari rumah datuk kandung kanak-kanak itu.

Pengebumian yang dikawal ketat oleh pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Awam dan Angkatan Pertahanan Awam itu turut dihadiri ahli keluarga kandung dan keluarga angkat kanak-kanak itu, namun pihak media tidak dibenarkan masuk ke perkarangan tanah perkuburan tersebut atas permintaan keluarga kandung kanak-kanak itu.

Sementara itu, ibu angkat kanak-kanak itu Norlida Abu Hassan, 50, ketika ditemui pemberita berkata meskipun arwah tidak disemadikan di Selangor, namun dia sekeluarga tetap akan menziarahi pusara anak angkatnya yang mesra dipanggil ‘adik’.

Terdahulu, tinjauan Bernama di sekitar rumah datuk kandung kanak-kanak itu mendapati kediaman tersebut tertutup rapi dan sunyi tanpa kehadiran keluarga dan sanak saudara, namun hanya kedengaran radio yang memutarkan alunan bacaan al-Quran. 

Bapa saudara kandung mangsa yang ditemui di sekitar rumah itu berkata liang lahad di tanah perkuburan itu telah digali sejak semalam selepas ahli keluarganya memutuskan untuk menguruskan keseluruhan proses pengebumian jenazah kanak-kanak malang tersebut.


Jumaat lepas, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut, dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya, dalam satu kejadian di Taman Krubong Jaya di sini.

Kanak-kanak itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira 4 petang, namun siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.

Mangsa sebelum ini dibesarkan keluarga angkatnya yang tinggal di Rawang, Selangor ketika masih bayi sebelum ibu kandung mangsa mengambilnya semula untuk dijaga, pada Oktober tahun lepas. – BERNAMA 

Kategori