• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anonymous Mula Menyerang

oleh
01/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas memberi amaran kepada kerajaan Malaysia minggu lalu, penggodam dikenali Anonymous Malaysia mula melakukan serangan di beberapa laman sesawang milik kerajaan tengah malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan kumpulan berkenaan menerusi status yang dimuat naik di laman Faceebook Anonymous Malaysia dan mendakwa mula menyerang beberapa portal kerajaan sejak malam tadi.

Antara yang menjadi sasaran kumpulan dikenali ‘cyberpunk’ itu termasuklah portal Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Turut diserang ialah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Majlis Perbandaran Selayang dan portal milik kerajaan negeri Perak.

Minggu lalu, Anonymous Malaysia kembali muncul menghantui laman web dan aset dalam talian selepas lima tahun berdiam diri.

Kemunculan kembali kumpulan itu dibuktikan menerusi satu video berdurasi 2.29 minit yang dikongsikan di Facebooknya.

Menerusi mesej video itu, kumpulan itu berjanji untuk mengadakan serangan siber terhadap laman web kerajaan dan aset atas talian dikenali sebagai #OpsWakeUp21.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) memandang serius ancaman itu.

MKN dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, sehubungan itu, NACSA sudah mengeluarkan satu notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan itu. – myMetro Online

Tags: Anonymous Malaysiapenggodamserangan siber
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ladang Pertanian Bandar Dibangunkan Bantu Gelandangan

Next Post

Tentera Myanmar Sahkan Rampasan Kuasa

Related Posts

Serangan Siber Ke Atas Israel

Serangan Siber Ke Atas Israel

20/04/2024
0

TEL AVIV - Sebuah kumpulan penggodam berjaya menceroboh sistem komputer tentera Israel dan mengakses sejumlah besar dokumen ‘rahsia besar’. IKUTI...

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

09/03/2024
0

WASHINGTON: Microsoft mendakwa kumpulan penggodam tajaan Russia bernama Midnight Blizzard cuba menceroboh sistemnya sekali lagi, dengan menggunakan maklumat yang dicuri...

Next Post

Tentera Myanmar Sahkan Rampasan Kuasa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd