• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amaran Keras Syarikat Kurier Tular Pekerja Baling Barang

oleh
09/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran keras kepada pengurusan syarikat kurier untuk memperbaiki tatacara pengendalian bungkusan pelanggan. 

SKMM dalam satu kenyataan berkata, syarikat berkenaan sudah diarahkan untuk memberi penjelasan berhubung insiden membaling bungkusan pelanggan. 

“Kami memandang serius insiden sekumpulan pekerja sebuah syarikat kurier membaling bungkusan pelanggan yang tular di media sosial, baru-baru ini. Syarikat itu sudah diarahkan untuk memberi penjelasan,” kata SKMM dalam kenyataan itu.

Sejak beberapa hari lalu, tular insiden pekerja syarikat kurier, J&T Express (J&T) Perak dalam rakaman rakaman video berdurasi 15 saat. Mereka dikatakan membaling bungkusan pelanggan selepas dipercayai mogok susulan majikan mengurangkan komisen kerja.

Susulan itu, tujuh pekerja syarikat kurier, J&T Perak membuat permohonan maaf berhubung insiden membaling barang pelanggan yang tular di media sosial. 

J&T pula menjelaskan, insiden berlaku disebabkan kakitangan kurang jelas mengenai sistem pengagihan bonus sehingga menjadi punca kejadian mogok serta tindakan membaling barangan milik pelanggan oleh kakitangan syarikat itu. 

Mengulas lanjut, SKMM berkata, sekiranya pemegang lesen didapati ingkar dan melanggar mana-mana perundangan subsidiari di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012, mereka boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM300,000 atau tempoh penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

SKMM juga meminta pengguna memahami dan mengetahui hak mereka sebelum memilih perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat penghantaran. 

Pihak pengguna perlu menghubungi penyedia perkhidmatan atau membuat aduan dan tuntutan sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan barangan semasa dalam tempoh penghantaran. 

Sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan resolusi yang ditawarkan, permohonan rayuan boleh dikemukakan kepada pihak SKMM di https://aduan.skmm.gov.my/ dengan maklumat lengkat supaya siasatan dan tindakan susulan diambil. – BH Online

Tags: BungkusanpelangganSKMMsyarikat kurier
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

8.45 Juta Jawatan Sektor Swasta Pada Suku Keempat 2020

Next Post

Pelanggan Boleh Makan Di Restoran Mulai Esok

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Laluan Rafah Ditutup, 2,500 Penduduk Gaza Tidak Dapat Tunai Haji

Ejen Insurans Ugut Bunuh Pelanggan Ditahan

14/06/2024
0

BALIK PULAU - Polis menahan seorang ejen insurans bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap pelanggannya di Bayan Lepas...

Next Post

Pelanggan Boleh Makan Di Restoran Mulai Esok

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd