• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agihan Bekalan Vaksin Secara Berperingkat, Ikut Keperluan PPV

oleh
24/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekalan vaksin yang diagihkan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuat secara berperingkat mengikut keperluan jumlah penerima dan berdasarkan kesesuaian masa.

Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, Kementerian Kesihatan (KKM), A’tia Hashim menjelaskan prosedur pemberian itu bagi menjamin dan menjaga kualiti vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang sensitif terhadap suhu dan mempunyai jangka hayat tertentu mengikut suhu.

Beliau berkata, vaksin Comirnaty perlu disimpan dalam penyejuk beku bersuhu ultra-rendah (ULTF) -90°C sehingga -60°C bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan optimum.

“Apabila dihantar atau diambil oleh PPV, vaksin akan dipindahkan ke kotak sejuk dengan suhu simpanan 2°C hingga 8°C dan dimasukkan ke dalam peti sejuk muatan atas dengan suhu penyimpanan yang sama setelah tiba di PPV.

“Vaksin Comirnaty yang disimpan dalam kotak sejuk pada suhu 2°C hingga 8°C mempunyai jangka hayat hingga lima hari atau bersamaan dengan 120 jam,” katanya.

Hari ini, negara akan menyaksikan detik bersejarah apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ia sekali gus menandakan bermulanya Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) hingga April 2021 yang merangkumi suntikan vaksin kepada 500,000 petugas barisan hadapan.

Kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech membabitkan 312,390 dos, mendarat di Malaysia pada Ahad lepas.

Mengulas lanjut, A’tia berkata, proses penghantaran vaksin ke PPV hanya membabitkan penggunaan kotak sejuk kerana ULTF bersifat statik dan ditempatkan di Pusat Simpanan Vaksin (PSV) ditetapkan.

Beliau berkata, pergerakan atau tarikh pengambilan bekalan vaksin di PSV bergantung kepada perancangan atau jadual setiap PPV selain menggunakan kenderaan disediakan PPV masing-masing.

Katanya, prosedur agihan sama turut terpakai bagi bekalan vaksin ke kawasan luar bandar atau pedalaman.

“Sekiranya ada keperluan penghantaran vaksin menggunakan kenderaan selain pengangkutan darat (bagi kawasan pedalaman) perancangan (khidmat helikopter) akan dibuat oleh PPV berkaitan,” katanya.

Mengenai status terkini vaksin Sinovac yang dijangka tiba pada 27 Februari ini, beliau berkata vaksin itu masih lagi dalam proses penilaian Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). – BERNAMA

Tags: KKMPfizer-BioNTechvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd