• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,288 Kes Baharu COVID-19, 14 Kematian Hari Ini

oleh
10/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,288 kes baharu Covid-19 dan 14 kes kematian dicatatkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 251,604 kes dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 52,186 kes.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 sebanyak 1,929 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 198,495 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 3,282 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,757 kes (53.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,552 kes (88.3 peratus) adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. 

“Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 408 kes (12.4 peratus) dan Johor sebanyak 369 kes (11.2 peratus),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sebanyak 63 kes (1.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (46kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (7 kes), Kluster Tembok Renggam (5 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (2 kes), Kluster Tembok Taiping (1 kes), Kluster Matambai (1 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).

Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan 14 kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 923 kes atau 0.36 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 285 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 131 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“KKM turut mengesan 11 kluster baharu iaitu Kluster Industri Wawasan, Kluster Batu 20, Kluster Tapak Bina Persiaran Sepang, Kluster Tapak Bina Jalan Tandok, Kluster Jalan Dua Belas, Kluster Jalan Tiga KKIP, Kluster Uda Utama, Kluster Kancil Waha, Kluster Lorong Sahabat, Kluster Lorong Bersatu Damai dan Kluster Jalan Harun,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd