• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,100 Kes Baharu Covid-19, 24 Kematian Hari Ini

oleh
08/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,100 kes baharu Covid-19 dengan 24 kematian dicatatkan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 245,552 kes dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 51,977 kes.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 sebanyak 2,340 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 192,679 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 3,099 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,196 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 986 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 490 kes dan Melaka sebanyak 344 kes.

“Sebanyak 29 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat pertambahan 24 kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 896 kes atau 0.36 peratus.

“Sehingga kini terdapat 282 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi.

“KKM turut mengesan 13 kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sungai Rasa, Kluster Jalan Teknologi , Kluster Persiaran Hulu, Kluster Tapak Bina Persiaran Mokhtar , Kluster Jalan Cyber Lima, Kluster Jalan Harmonium, Kluster Seri Menanti, Kluster Laman Desaru, Kluster Lengkok Pantai, Kluster Batu 38, Kluster Sebangkoi, Kluster Taman Bukit Petaling dan Kluster Kampung Tandak,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd