• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lelaki Malaysia Antara 17 Kes Import COVID-19 Di Singapura

oleh
04/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Tiga lelaki Malaysia adalah antara 17 kes import baharu COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.

Kementerian berkenaan menerusi data penuh yang dikeluarkan lewat malam tadi memaklumkan kesemua mereka yang merupakan pemegang permit kerja dan tiba dari Malaysia itu tidak menunjukkan gejala atau asimptomatik.

Kes import lain adalah dari Bangladesh, India dan Indonesia.

Mereka merupakan antara 18 kes yang direkodkan di Singapura pada Rabu dengan yang lain adalah penularan tempatan, menjadikan jumlah jangkitan kepada 59,602 kes.

Setakat ini, kementerian mengklasifikasikan 2,779 daripada kes dilaporkan sebagai kes import, 2,315 adalah kes komuniti manakala 54,508 melibatkan penghuni asrama.

Singapura telah menamatkan kluster yang dikaitkan dengan NewOcean 6, sebuah kapal tangki ‘bunker’, menjadikan hanya tiga kluster pada masa ini.

Secara keseluruhan, 59,320 orang telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital atau kemudahan rawatan komuniti.

Sementara itu, 214 pesakit yang mengalami gejala ringan atau secara klinikal sihat tetapi diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Sehingga kini, seramai 29 orang meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 di negara ini. – BERNAMA

Tags: Covid-19Singapurawarga malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd