• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yang Di-Pertuan Agong, Keluarga Tinjau Mangsa Banjir

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekeluarga hari ini berkenan meninjau sendiri situasi banjir di beberapa kawasan di Pekan, Pahang, menggunakan sampan dan bot penyelamat Jabatan Bomba. 

Istana Negara memaklumkan, keberangkatan Al-Sultan Abdullah ke daerah itu diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan tiga anakanda, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Antara kawasan yang dikunjungi adalah Kampung Acheh, dengan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan menggunakan sampan ke kawasan itu.

Baginda berdua turut berkenan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kampung Acheh dan Balai Raya Kampung Acheh, selain meluangkan masa menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS itu.

Keluarga diraja itu kemudian berangkat ke Kampung Temai menggunakan bot penyelamat Jabatan Bomba untuk meninjau situasi banjir di situ.

Baginda berdua turut berkenan melawat PPS di Sekolah Kebangsaan Temai, dan meluangkan masa bertanya khabar mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan.

Dalam kedua-dua lawatan ke Kampung Acheh dan Kampung Temai, baginda berdua turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi baginda berdua terhadap mangsa banjir yang memerlukan bantuan.

“Seri Paduka Baginda berdua mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan,” jelas kenyataan menerusi laman sosial Istana Negara, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong bersama anakanda dijadualkan meneruskan lawatan ke beberapa buah kampung di sekitar Pekan yang dilanda bencana banjir. – BH Online

Tags: Al-Sultan Abdullahmangsa banjirYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd