• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuanku Muhriz Gesa Kerajaan, Rakyat Bersatu Pertahan Negara

oleh
14/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah supaya kepimpinan kerajaan di semua peringkat dan rakyat bersatu dan sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi, mempertahan serta melindungi negara terutama dalam mendepani cabaran COVID-19.

“Menyedari akan impak pandemik ini ke atas ekonomi, beta juga menggesa supaya kerajaan negeri teguh mengemudi pentadbiran dan kreatif mencorakkan strategi yang lebih dinamik dalam pelaksanaan pembangunan negeri ini ke arah pemulihan ekonomi,” titah Tuanku Muhriz menerusi kenyataan sempena Ulang Tahun Ke-73 baginda, hari ini.

Tuanku Muhriz turut menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan kerajaan dalam mengawal pandemik COVID-19.

“Jika dibandingkan dengan negara yang dianggap lebih maju daripada segi kepakaran dan sistem kesihatan, kejayaan pengawalan penularan COVID-19 di Malaysia adalah amat mengagumkan. 

“Beta berasa bangga dan amat menghargai komitmen serta dedikasi yang ditunjukkan semua petugas barisan hadapan kesihatan, anggota polis dan tentera serta para sukarelawan daripada agensi swasta dan badan bukan kerajaan serta individu yang telah memberi bantuan dengan pelbagai cara,” titah baginda.

Tuanku Muhriz juga turut mengajak semua rakyat agar menghargai dan berterima kasih atas tindakan segera yang diambil agensi kesihatan di negara ini yang telah mengatur perancangan dan strategi berkesan dalam memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dibendung.

Sementara itu, baginda turut mengingatkan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama serta budaya supaya sentiasa mewujudkan permuafakatan dan mengetepikan perbezaan demi mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat.

“Beta menyeru agar semangat perpaduan ini terus diamalkan masyarakat sepanjang masa dan bukannya dalam situasi krisis sahaja,” titah baginda.

Baginda dalam pada masa yang sama turut menyeru rakyat supaya kebersihan dijadikan satu budaya.

“Pemerhatian beta mendapati terdapat segelintir masyarakat yang memandang remeh akan pentingnya kebersihan dengan membuang sampah di tempat tidak sepatutnya. Mutu sistem pengurusan sampah hendaklah ditambah baik tetapi ia bukanlah kaedah penyelesaian sebenar kerana yang lebih penting adalah sikap dan pendirian masyarakat terhadap kebersihan. 

“Untuk memastikan amalan ini menjadi budaya dalam masyarakat, pendedahan haruslah dimulakan kepada kanak-kanak seawal pendidikan prasekolah dan di rumah, dan diteruskan sehingga mereka menamatkan pelajaran. Jika langkah seperti ini tidak dibuat, amalan budaya kebersihan tidak akan menyerap ke dalam masyarakat,” titah baginda.

Tuanku Muhriz dalam titahnya turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua para penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan kali ini.

Baginda juga mengingatkan para penerima bahawa kurniaan itu merupakan pengiktirafan yang perlu sentiasa dipelihara kerana ia sangat berkait rapat dengan martabat dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.

“Oleh itu, setiap penerima mempunyai amanah untuk menjaga kemuliaan dan pengiktirafan yang dikurniakan dengan memastikan imej, tata susila, tingkah laku dan keperibadian masing-masing sentiasa terpelihara,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: Covid-19Tuanku Muhrizyang dipertuan besar negeri sembilan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bayi Dibuang Dari Tingkat 13 Hotel

Next Post

Ustaz Budak Didakwa 8 Lagi Pertuduhan Kelucahan

Related Posts

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

01/09/2024
0

KOTA BHARU: Kanak-kanak, individu berimuniti rendah, penghidap ekzema dan wanita mengandung mudah mendapat jangkitan Mpox atau cacar monyet yang teruk...

Next Post

Ustaz Budak Didakwa 8 Lagi Pertuduhan Kelucahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd