• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokongan Muhyiddin Merosot Tapi Zahid Pula Didesak Berundur

oleh
19/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI pelik bukan, tapi itulah realiti. Jadi tidak keterlaluan jika dikatakan dalang disebalik desakan ini datang dari pemimpin umno yang popular diselar sebagai musang berbulu ayam. Didepan menyokong Presiden, dibelakang mengatur juak juaknya untuk mengasak Presiden. Dimanakah nilai kejujuran dalam sebuah wadah perjuangan jika wujud segelintir pemimpin dan ahli umno sendiri seperti telunjuk lurus kelingking berkait. Wajarkah agenda perjuangan bangsa dipermainkan?

Isu yang heboh diperkatakan kini adalah Muhyidin Yasin telah menghadapi defisit sokongan. Tetapi mengapa juak juak tertentu sibuk mengasak Presiden UMNO pula berundur?. Adakah dengan pengunduran DSAZH akan menyelesaikan semua masalah UMNO?. Adakah jika presiden baru yang dipilih dan dilantik kelak, akan kekal bebas tanpa gangguan?. Jawapannya tiada mana mana pun pemimpin UMNO terutamanya presiden, yang akan aman dari gangguan, jika kekal enggan tunduk pada ‘orang itu’. Mari kita imbas apa yang berlaku sejak zaman Tunku hingga zaman DS Najib. Semua ada saja yang tidak kena. Siapa yang menggangu? Jawapannya semua orang tahu. Individu sama, orang sama, kumpulan yang sama. Jika kita bijak menilai. Kita akan dapati bahawa Bukan Presiden UMNO DSAZH yang bermasalah, tetapi ‘orang itu’ yang bermasalah. Tidak perlu kita berbicara panjang mengapa DSAZH terus menerus diasak untuk berundur. Dari kisah keenganan Presiden UMNO ini membubarkan UMNO hinggalah kepada isu agihan kerusi untuk mendepani PRU15. Pendirian Presiden tegas, senada dengan kehendak kepimpinan di akar umbi. Kerusi UMNO kekal milik UMNO. Sepatutnya para pemimpin UMNO sepakat tegas. Malangnya terdapat segelintir pemimpin umno sendiri yang tidak keruan apabila Presiden tegas senada dengan kepimpinan di akar umbi.

Sebab itu ramai berpandangan, selagi DSAZH mengetuai UMNO, maka usaha untuk PPBM kan UMNO adalah mustahil dan usaha untuk bubarkan UMNO juga akan menjadi sukar. Justeru, bagi memudahkan usaha ini, DSAZH perlu diganti. Bermula lah episod berkokok untuk tukar Presiden. Mereka juga tahu, selagi DSAZH kekal menjadi Presiden UMNO, adalah sukar untuk tawar menawar apa apa hal yang berkait rapat dengan kepentingan UMNO. Mari kita lihat era UMNO mendapat kemenangan besar di bawah kepimpinan Pak Lah. Adakah ‘orang itu’ happy?. Tidak bukan. Dimainkan isu budak tingkat 4. Era UMNO bawah DS Najib pula, beliau berjaya melonjak ekonomi dan nama negara. Adakah ‘orang itu’ happy? Tidak juga bukan. Lihat apa yang terpaksa dilalui oleh DS Najib. Kini rakyat telah sedar. Mereka juga sedar dan tahu orang melayu khususnya sudah kembali menyokong UMNO.

Jadi berfikirlah. Anda boleh mengasak Presiden ini untuk berundur. Tapi lupakah kalian. Bukan kah Presiden ini yang kekal setia mengemudi UMNO, saat UMNO tersungkur, saat UMNO hilang kuasa, saat UMNO ditinggal lari oleh segelintir pemimpinnya. Dan Presiden ini juga yang kekal mengharungi tembakan peluru dari dalam dan luar UMNO. Beliau kekal dan tetap tidak tinggalkan UMNO, sehinggalah beliau terpaksa berhadapan dengan 87 pertuduhan mahkamah. Jangan juga kita sesekali lupa. Presiden dan teamnya ini lah juga yang membawa kebangkitan semula UMNO hingga mencapai kemenangan berganda dalam beberapa siri pilihanraya kecil.

Kini UMNO telah kembali bersinar. Wajarkah kita ingin menghalau, mendesak dan terus mengasak Presiden untuk berundur?. Jika kalian benar benar jujur dengan perjuangan ini. Sepatutnya bangkit bersama Presiden. Berhenti menyerang Presiden. Ahli dan penyokong UMNO menilai dan melihat gelagat kalian. Teruskan usaha bersama Presiden untuk kukuhkan parti bagi mendepani PRU15. Bukan menambah tekanan kepada Presiden untuk diganti dengan orang yang belum teruji kesetiaan dan kekentalan semangatnya pada perjuangan UMNO. Bersama kita fikirkan.

KENYATAAN BERSAMA
SDR MAZALAN MAAROP
(NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN)

DELL BASIR
(AHLI JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN)

IZWAN ISMAIL Wan Iz
(AHLI JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN)

SAMAD RAHMAN
(AHLI JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN)

#suaraakarumbi

Tags: Ahmad Zahid HamidiMuhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd