• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semoga Usaha Murni Selama Ini Diberkati – Dr Adham

oleh
25/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, terus memberikan kata-kata semangat kepada barisan hadapan di Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menghadapi dugaan dan cabaran melaksanakan tugas.

“Dalam menjalankan tugas sebagai barisan hadapan di KKM, adakala kita diuji dengan dugaan dan cabaran.

“Bersabar dan bertabahlah, semoga Allah SWT memberkati usaha murni kita selama ini,” katanya.

Jangan Risau… Klik Sini

Dr Adham berkata demikian melalui hantaran dalam Facebook rasmi beliau, hari ini, ketika kongsikan berita mengenai seorang Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, terbabit kemalangan di Kuala Ketil, Kedah.

Perkongsian itu memaklumkan bahawa Mohd Asri Ismail, 43, mengalami kecederaan di lutut apabila motosikal ditunggangnya merempuh batu pengadang jalan dekat Jambatan Kuala Lesung.

Kejadian pada awal pagi itu berlaku ketika Mohd Asri dalam perjalanan dari arah FELDA Teloi Kanan menghala ke Sungai Petani, namun beliau telah selamat menjalani pembedahan dan sedang dirawat di hospital.

Pihak Pejabat Menteri Kesihatan juga sudah menziarahi Mohd Asri, sekali gus menyampaikan salam dan doa daripada Dr Adham.

Dr Adham berkata, beliau bersama seluruh warga KKM mendoakan kesihatan dan kesembuhan sempurna buat Mohd Asri. – BH Online

Tags: Covid-19Dr Adham BabaKKMpetugas barisan hadapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd