• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Vaksinasi Covid-19 Pacu Pemulihan Ekonomi Negara

oleh
29/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melahirkan keyakinan bahawa program vaksinasi negara Covid-19 yang dijangka selesai pada suku pertama 2020 akan membantu memacu pemulihan ekonomi Malaysia.

Beliau berkata, Malaysia dijangka menerima kumpulan pertama vaksin Pfizer pada akhir Februari ini.

“Pembekalan vaksin dijangka bermula awal Mac dan selesai dalam tempoh 12 bulan atau menjelang Suku Pertama 2022,” katanya semasa program temu bual bersama CNBC pada Jumaat.

Program vaksinasi negara Covid-19 yang dijadual bermula awal Mac depan akan dilaksanakan secara berfasa bagi tempoh 12 hingga 18 bulan, dengan 80 peratus penduduk Malaysia atau hampir 27 juta orang dijangka menerima suntikan vaksin itu menjelang Suku Pertama 2022.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, Malaysia terus mengekalkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) bagi 2021 pada 6.5-7.5 peratus dan sasaran defisit fiskal pada 5.4 peratus daripada KDNK tahun ini.

Beliau yakin ekonomi akan disokong oleh pengumuman pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang bertujuan membantu pelbagai sektor serta perusahaan kecil dan sederhana serta mikro di negara ini.

Apabila ditanya sama ada risiko defisit fiskal akan meningkat sekiranya kerajaan perlu lebih banyak peruntukan untuk memerangi lonjakan kes pandemik Covid-19 di Malaysia, Tengku Zafrul tidak menganggapnya begitu.

“Sekiranya kami perlukan lagi suntikan fiskal untuk merangsang ekonomi, ia akan memberi impak kepada sasaran defisit. Tetapi ia (suntikan fiskal) akan membantu (pertumbuhan) hasil dan KDNK, jadi sasaran (5.4 peratus) seharusnya kekal sama,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, kerajaan masih sedang memantau dengan rapat situasi Covid-19.

“Jika sekiranya terdapat keperluan bagi suntikan fiskal untuk membantu memulihkan ekonomi dalam tempoh jangka pendek, ia adalah sesuatu yang kerajaan perlu lakukan.

“Tetapi hari ini, kami masih mengekalkan belanjawan (Belanjawan 2021) yang baru-baru ini diluluskan oleh kerajaan,” katanya.

Malaysia merekodkan 4,094 kes baharu Covid-19 pada Khamis yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 198,208 kes setakat ini. – BERNAMA

Tags: Ekonomi Malaysiavaksin covid-19vaksinasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd