• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka Kertas Siasatan Kenyataan Anonymous Malaysia

oleh
29/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan berhubung kenyataan dimuat naik pengguna Facebook, Anonymous Malaysia membabitkan isu kebocoran data dan ancaman serangan siber.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata setakat ini, pihaknya menerima satu laporan berkaitan perkara berkenaan.

“Polis siasat selepas menerima laporan. Kenyataan berkaitan isu itu dimuat naik dua kali di Facebook.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505 dan 507 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya pada BH, hari ini.

Pagi tadi, Anonymous Malaysia mengeluarkan amaran kedua berhubung isu pangkalan dan kebocoran data yang dikatakan timbul selepas kegiatan ‘scammer’ atau penipuan sering berlaku sejak 2015.

Pengguna Facebook itu dipetik berkata, punca utama ia berlaku kerana pembekal perkhidmatan swasta dan data kerajaan seperti maklumat peribadi digodam dan dibocorkan, yang kemudian dijual kepada pihak ketiga.

Selasa lalu, Anonymous Malaysia memberi amaran bahawa sistem keselamatan Malaysia berada pada tahap rendah dan boleh menyebabkan penggodam menjual segala maklumat yang bocor, selain lebih 46 juta data pengguna syarikat telekomunikasi digodam setakat ini.

Pada hari sama, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan satu notis amaran kepada semua agensi kerajaan, bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan siber. – BH Online

Tags: Anonymous Malaysiakebocoran datascammerserangan siber
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5,725 Kes Positif Covid-19, Rekod Tertinggi Baharu

Next Post

Dasar, Komitmen Kerajaan Dalam Tangani Rasuah Berterusan

Related Posts

Serangan Siber Ke Atas Israel

Serangan Siber Ke Atas Israel

20/04/2024
0

TEL AVIV - Sebuah kumpulan penggodam berjaya menceroboh sistem komputer tentera Israel dan mengakses sejumlah besar dokumen ‘rahsia besar’. IKUTI...

‘Scammer’ Menyamar Anuar Zain

‘Scammer’ Menyamar Anuar Zain

13/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain memberi amaran kepada peminat supaya tidak mudah terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai dirinya. IKUTI...

Next Post

Dasar, Komitmen Kerajaan Dalam Tangani Rasuah Berterusan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd