• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran RM1,000 GKP Permai Kepada PKS Di Kawasan PKP

oleh
18/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menambah baik Skim Jaminan Prihatin Danajamin (SJPD) yang berjumlah RM50 bilion bagi menyokong sektor swasta untuk berkembang dan merancakkan ekonomi negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah penambahbaikan itu termasuk meningkatkan pembiayaan maksimum sehingga RM1 bilion, memperluas skop pembiayaan dengan tempoh jaminan sehingga 10 tahun dan membenarkan syarikat milik asing beroperasi di Malaysia mendapat jaminan SJPD.

“Syarikat milik asing yang ingin mendapatkan jaminan SJPD mesti mempunyai jumlah pekerja tempatan sekurang-kurangnya 75 peratus.

“Kerajaan berharap penambahbaikan itu dapat menjana pertumbuhan sektor swasta dan juga mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelaburan,” katanya ketika pengumuman Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan akan memperluaskan Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Permai) kepada 500,000 perusahaan kecil sederhana (PKS) di tujuh negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bayaran RM1,000 manakala 300,000 PKS di negeri lain akan menerima RM500.

Katanya, peluasan inisiatif GKP Permai itu membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta.

“Sekiranya terdapat negeri berubah menjadi zon merah dan diisytiharkan PKP, kerajaan sedia membantu dengan menyalurkan bantuan tambahan kepada PKS di negeri terbabit serta-merta,” katanya.

Beliau berkata, Katanya, kerajaan juga akan mempercepatkan pelaksanaan skim mikrokredit dan mempercepatkan pelaksanaan Kempen e-Dagang PKS, PKS Mikro serta kempen Shop Malaysia Online dengan jumlah peruntukan RM300 juta.

Katanya, melalui kempen itu usahawan mikro akan mendapat bimbingan perniagaan dan pembeli akan menikmati penjimatan melalui jual beli secara dalam talian. – myMetro Online

Tags: Geran Khas Prihatinperintah kawalan pergerakanPKS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd