• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKP Seluruh Kelantan, 3 Daerah Di Sarawak

oleh
15/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seluruh negeri Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai esok hingga 26 Januari, manakala di Sarawak PKP dilaksana di daerah Sibu, Selangau dan Kanowit bermula esok hingga 29 Januari.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) susulan terdapat peningkatan kes COVID-19 di Kelantan serta tiga daerah di Sarawak.

“Sejak 10 Januari, purata kes harian di Kelantan meningkat antara 80 hingga 100 kes malah kes aktif turut meningkat secara mendadak dalam tempoh 14 hari.

“Jajahan Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Gua Musang, Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah kini zon merah manakala Pasir Puteh dan Pasir Mas zon kuning dan Jeli zon jingga,” katanya pada sidang media perkembangan PKP di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Beliau berkata semua prosedur operasi standard (SOP) PKP yang diumumkan sebelum ini terpakai di Kelantan dan tiga daerah di Sarawak antaranya hanya dua wakil isi rumah dibenar keluar untuk mendapatkan barangan keperluan.

Ismail Sabri berkata, KKM turut melaporkan berlaku peningkatan kes secara mendadak yang melibatkan kluster dalam komuniti di seluruh negeri itu ketika ini.

Beliau berkata sehingga semalam secara kumulatif sebanyak 1,649 kes positif direkodkan di Kelantan.

Di Sarawak, beliau menjelaskan sejak 31 Disember hingga 13 Januari 2021, KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh 14 hari iaitu daripada dua kepada 251 kes.

Beliau berkata kebanyakan kes adalah dari Kluster Pasai di Sibu dan Mukah yang merekodkan sejumlah 394 kes daripada jumlah kes secara keseluruhan.

“Kluster ini melibatkan 18 rumah panjang yang bertaburan di seluruh bahagian Sibu, justeru KKM menasihatkan agar PKP dilaksanakan di tiga daerah itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kelantanperintah kawalan pergerakansarawakSibu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd