• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKP Di 6 Negeri Tak Beri Kesan Ekonomi Ketara

oleh
12/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri untuk tempoh 14 hari bermula esok, dijangka tidak memberi impak ekonomi yang begitu ketara berbanding pelaksanaan empat fasa PKP pada Mac tahun lepas.

Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata kerajaan telah membuat persediaan terperinci selain melakukan beberapa penambahbaikan bagi melaksanakan PKP di negeri terlibat dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

“PKP ini yang melibatkan enam negeri iaitu – Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah – merupakan negeri penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Sektor ekonomi akan tetap terkesan pada perlaksanaan PKP kali ini, namun kesan secara menyeluruh akan dapat dikurangkan berikutan negeri-negeri lain masih boleh lakukan aktiviti perniagaan seperti biasa dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti ditetapkan kerajaan,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan pelaksanaan PKP di enam negeri – Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah – untuk tempoh 14 hari bermula Rabu (13 Januari) hingga 26 Januari.

Enam lagi negeri – Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan – dilaksanakan PKP Bersyarat (PKPB) manakala PKP Pemulihan (PKPP) bagi Perlis serta Sarawak, untuk tempoh sama.

Sementara itu, Ahmed Razman berkata meskipun penularan pandemik COVID-19 menyukarkan pergerakan, namun ia dilihat dapat membuka peluang kepada syarikat-syarikat meneroka peluang perniagaan baharu.

“Sebagai contoh, syarikat-syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan dron dapat menawarkan perkhidmatan ke seluruh dunia. Ini mampu meningkatkan pendapatan syarikat mereka sekali gus menjana pendapatan negara semasa situasi sukar ini (penularan COVID-19),” katanya.

Mengulas mengenai peningkatan kes COVID-19 yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini, beliau berkata ia tidak menggambarkan kegagalan kerajaan dalam mengawal penularan virus itu.

“Ini melibatkan kerjasama semua pihak dan perlu patuh SOP yang ditetapkan kerajaan. Kerajaan juga perlu fokus dalam menangani perkara ini, elakkan bercakap mengenai tukar kerajaan pada ketika ini sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu dalam usaha melandaikan lengkung COVID-19,” katanya. – BERNAMA

Tags: Covid-19Ekonomiperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kronologi Darurat Di Malaysia

Next Post

Darurat Bukan Rampasan Kuasa Tentera

Related Posts

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post

Darurat Bukan Rampasan Kuasa Tentera

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd