Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

Wanita Buat Laporan Polis...

"BIAR Allah tunjukkan kebenaran," demikian kata seorang pengasas produk kecantikan dalam laporan polis...

Video: Lawak! Pelajar Kantoi...

VIDEO yang semakin viral melalui laman sosial ini menunjukkan seorang penuntut di Universiti...

Penggunaan Kit Diagnostik, Rawatan...

PUTRAJAYA: Program saringan dan rawatan Hepatitis C di seluruh negara dimantapkan dengan mempertingkatkan...

Pusingan 9 Cub Prix...

BATU KAWAN - Faktor cuaca buruk memaksa pihak promoter membatalkan Pusingan 9 Kejuaraan...

Pertahan Zahid Benteng Terakhir UMNO

KUMPULAN ‘opportunist’ luar dan dalam UMNO semakin galak menyerang Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya melepaskan jawatan Presiden parti.

Pelbagai taktik menyerang bekas Timbalan Perdana Menteri BN.

Terbaru memasang ‘banner’ tipu dengan menggunakan nama UMNO Bahagian dan Cawangan.

Mujur UMNO Bahagian dan Cawangan terlibat bingkas membuat penafian.

Membuat laporan polis. Menyatakan sokongan kepada Ayahanda Zahid.

Ahli UMNO seluruh negara jangan terpedaya dengan permainan propaganda kumpulan ‘opportunist’ yang berkepentingan jawatan dan kedudukan mahu menjatuhkan Presiden parti.

Sedari UMNO ketika ini sedang berdepan detik paling getir dalam mempertahankan parti daripada ‘dihijack’ musuh yang sedang tenat.

Ia akan menjadi coretan sejarah.

Desakan Ayahanda Zahid berundur semata-mata naratif si kitol dan kuncu-kuncunya yang mahu menjual kebangkitan UMNO kepada musuh.

Kumpulan ‘opportunist’ si kitol yang hipoktrit. Bertalam dua muka.

Bersikap curang kepada parti dengan menjadi broker dan talibarut.

Kali ini si kitol dan musuh UMNO kerja rapat-rapat.

Menggunakan skrip yang sama untuk menghasut sehasut-hasutnya ahli UMNO yang setia.

Ahli UMNO juga jangan sesekali terperangkap dengan cerita musuh UMNO tentang apa yang terbaik untuk UMNO? Jangan naif lagi.

PRU14 sebahagian kita pernah terpedaya. Kali ini lihat dengan mata hati. Fahami agenda mereka.

Mana mungkin musuh mahu UMNO maju jaya.

Bukankah pelik musuh-musuh UMNO seboleh-boleh mahu kita menjatuhkan pemimpin itu dan mengangkat pemimpin ini yang mereka syorkan untuk parti kita? Pasti ada udang di sebalik batu.


Begitu kuat musuh UMNO dan si kitol broker bergerak seiring seirama dalam desakan itu.

Why? Mengapa mereka begitu? Kerana Presiden UMNO sedia ada penghalang kuat rancangan mereka untuk menguasai UMNO yang sedang bangkit.

Mereka mahu meletakkan UMNO dibawah telunjuk Bunga, tetapi Ayahanda Zahid benteng besar UMNO yang perlu mereka robohkan terlebih dahulu.

Kita masih ingat desakan supaya UMNO dibubarkan dan semua ahlinya menyertai Bunga selepas PRU14.

Ayahanda Zahid terus pertahankan UMNO sehingga hari ini.

Meskipun itu bermakna meletakkan dirinya dalam risiko penganiayaan tahap tertinggi pernah disaksikan dalam sejarah perjalanan politik tanah air.

Musuh juga gerun melihat kemenangan berturut-turut UMNO/BN dengan kerjasama Muafakat Nasional (MN) dalam 5 PRK. Maka UMNO mahu dikuasai dan dikawal momentumnya.

Kesimpulannya, mahu tidak mahu ahli UMNO perlu terima hakikat Ayahanda Zahid merupakan ‘Last Defends’ UMNO supaya tidak melukut di tepian Bunga.

Supaya tidak menjadi parti yang tak berguna dan tunduk setunduk-tunduknya kepada pihak lain. UMNO parti rakyat, agama, bangsa dan negara.

Strategi musuh seterusnya cuba meletakkan kesalahan kepada Presiden UMNO berikutan peningkatan kes Covid-19 kerana PRN Sabah. Persoalannya siapa yang berkuasa menentukan langkah mencegah penularan Covid-19 semasa dan selepas PRN Sabah diadakan.

Ayahanda Zahid bukan lagi TPM atau memegang sebarang jawatan dalam kerajaan untuk berhak membuat keputusan itu.

Beliau cuma menjalankan tanggungjawabnya sebagai presiden parti untuk memenangkan UMNO dalam pilihan raya sama seperti presiden parti yang lain.

Kronologi PRN Sabah: Tan Sri Musa Aman dapat sokongan majoriti ADUN membentuk kerajaan baharu di Sabah. Tan Sri Shafie Apdal bergegas bubarkan DUN Sabah bagi menyelamatkan kerajaan PH Sabah. Tan Sri Musa Aman bantah PRN Sabah diadakan kerana ancaman Covid-19 dan menuntut peralihan kuasa secara aman, tetapi PRN Sabah tetap juga diadakan.

Kepada si kitol dan musuh-musuh UMMO, berhentilah sejenak daripada bermain politik pada waktu rakyat sedang berdepan kehidupan yang sangat mencabar akibat pandemik Covid-19. Kepada ahli UMNO.

Terus yakin kepada institusi Presiden parti dan jangan sesekali terperangkap dengan tipu daya musuh dalam dan luar parti. – KASSIM SELAMAT

Kategori