Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isu 1MDB: Bekas CFO...

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Azmi...

Tiada Cadangan Sedia Tandas...

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang tidak berhasrat menyediakan kemudahan tandas khas bagi golongan...

Kos Perang Syria Hampir...

BEIRUT - Konflik tanpa henti selama tujuh tahun di Syria menyebabkan kemusnahan bernilai...

Malaysia Tangga Ke-4 Indeks...

KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat ke-4 dalam Indeks Kebahagiaan Bekerja Kakitangan 2017...

Perjanjian HSR Tak Lagi Berdaya Maju – Mustapa

KUALA LUMPUR – Terma perjanjian dua hala ditandatangani berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura pada tahun 2016, tidak lagi berdaya maju untuk diteruskan Malaysia berikutan penularan pandemik COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ia secara tidak langsung memberi kesan teruk kepada ekonomi, sekali gus menjejaskan kedudukan fiskal negara.

“Bermula akhir tahun 2018, kerajaan meneliti beberapa alternatif bertujuan menurunkan kos keseluruhan projek ini. Penelitian semula ini menjadi keutamaan kerajaan, sejak pandemik COVID-19 ini berlaku.

“Lanjutan daripada itu, bermula pertengahan tahun lalu, kerajaan mengemukakan beberapa cadangan perubahan bagi mengurangkan kos keseluruhan projek ini.

“Cadangan terbabit termasuk perubahan kepada struktur projek, jajaran dan reka bentuk stesen. Struktur projek asal memerlukan jumlah Jaminan Kerajaan yang besar dan untuk tempoh yang panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, cadangan struktur projek baharu itu akan memberikan kerajaan fleksibiliti dalam memilih opsyen pembiayaan projek termasuklah melalui kaedah pembayaran tertangguh, usaha sama awam dan swasta serta kemungkinan mendapatkan akses kepada pembiayaan pada kadar yang munasabah.

Jelasnya, apa yang lebih penting adalah cadangan perubahan struktur projek itu dijangka dapat mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Berdasarkan cadangan baharu yang dikemukakan, projek ini akan dimulakan pembinaannya dua tahun lebih awal berbanding perancangan asal. Ini akan memberikan rangsangan yang amat diperlukan oleh sektor pembinaan dan juga industri lain yang berkait rapat dengan sektor ini.


“Mengambil kira perubahan ini, kedua-dua negara mengadakan perbincangan sepanjang beberapa bulan yang lalu bagi memperjelaskan pendirian masing-masing,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada persetujuan dicapai mengenai perubahan yang dicadangkan dan dengan itu Perjanjian Dua Hala berkenaan projek HSR luput pada 31 Disember 2020.

Katanya, Malaysia akan menghormati terma Perjanjian Dua Hala yang mana kedua-dua negara akan mengmbil tindakan perlu untuk menentukan jumlah pampasan.

“Seterusnya, kerajaan akan melaksanakan kajian terperinci yang akan meliputi kesemua opsyen termasuk daya maju projek kereta api laju domestik serta manfaatnya kepada rakyat.

“Hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura amat rapat. Kita akan terus memperkukuhkan hubungan ini termasuk mempertingkatkan kesalinghubungan antara kedua negara, demi faedah bersama,” katanya. – BH Online

Kategori