• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin UMNO Tolak Kerjasama DAP, Anwar

oleh
06/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemimpin UMNO pada Rabu menolak kerjasama antara parti itu dengan DAP dan tidak menyokong terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau tidak setuju dengan kerjasama dengan DAP dan Anwar sebaliknya perlu diberikan ruang untuk berbincang dengan parti-parti Melayu bumiputera.

“Bagi saya, keputusan parti tak berubah ‘No Anwar, No DAP’. Kecuali parti ubah keputusan itu pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini.

“Buat masa sekarang, keputusan MKT tidak berubah. Tidak ada ruang untuk kita berunding dengan DAP. Kita ada ruang untuk berunding dengan parti-parti bumiputera lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Terdahulu, bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyatakan UMNO kini bersiap untuk bekerjasama dengan DAP untuk membentuk kerajaan baharu.

Ahli Parlimen Ketereh itu turut menyatakan terdapat surat dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi UMNO yang menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata, sekiranya terdapat akuan bertulis sokongan kepada Anwar, perkara itu boleh dirujuk kepada MKT untuk membuat keputusan.

“Sekiranya benar benda itu berlaku, kita kena rujuk. Sebab apa? Sebab parti tidak membenarkan kita memberi sokongan selain daripada apa yang diputuskan.

“Sokongan kita adalah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, jadi tidak boleh ubah sokongan kecuali MKT putuskan sebaliknya,” katanya.

Menurut Shahidan, mana-mana individu yang melanggar keputusan parti menyokong selain daripada Muhyiddin dikira kesalahan parti.

“Tak kira siapa, sesiapa sahaja termasuk saya, presiden sokong lain daripada itu (dikira) melanggar keputusan parti,” katanya.

Ahli MKT, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pula berkata, isu melibatkan DAP dan Anwar itu merupakan isu besar dan pada masa ini keputusan dibuat oleh MKT adalah ‘No DAP, No Anwar’.

“Itu keputusan MKT. Dan untuk mengubah pendirian itu, Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) perlu meyakinkan MKT bahawa kalau diubah itu kebaikan kepada UMNO. Jadi, kita nak dengar penjelasan dia,” katanya.

Menurut Abdul Rahman, setiap individu mempunyai kenyataan masing-masing tetapi yang membuat keputusan adalah MKT.

“Sesiapa yang nak buat keterangan buat dalam MKT. Kita bincang bersama dan buat keputusan yang terbaik dalam UMNO,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimDAPUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd