• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Positif Covid-19 Duduki Peperiksaan Berasingan

oleh
22/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pelajar peperiksaan utama sesi 2020 yang dikenal pasti positif Covid-19 dan terpaksa menjalani kuarantin akan dikecualikan menduduki peperiksaan pada tempoh yang dijadualkan.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata, mereka akan dibenarkan menduduki peperiksaan secara berasingan sebaik disahkan pulih atau selesai menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.

“Kementerian sudah membuat SOP (prosedur operasi standard) dan garis panduan mengenai bagaimana situasi calon yang sihat, bergejala, positif Covid-19 atau dikuarantin menjalani peperiksaan.

Jangan Risau… Klik Sini

“Bagi pelajar yang sihat akan menduduki peperiksaan seperti ditetapkan, contohnya bagi peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pada 22 Februari depan tetapi bagi calon dalam tempoh positif dan dikuarantin, boleh menduduki peperiksaan sebaik disahkan sihat dan selesai jalani kuarantin,” katanya pada sidang media secara dalam talian berkaitan Pengoperasian Sekolah Tahun 2021 menerusi aplikasi Webex pada Jumaat.

Tambah Habibah, kebiasaannya tempoh peperiksaan SPM contohnya, lebih panjang dari tempoh kuarantin 14 hari, jadi pelajar boleh menduduki kertas peperiksaan yang masih berlangsung sebaik tamat kuarantin.

“Bagi kertas peperiksaan awal yang mereka tidak sempat duduki, KPM akan tentukan tarikh lain untuk mereka menjawab soalan tetapi set kertas peperiksaan akan berlainan namun masih mengekalkan standard soalan (piawaian sama) bagi mengelakkan timbul isu soalan bocor dan sebagainya,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19pelajarpeperiksaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd