• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PdPR: Daki Bukit 20 Minit Untuk Akses Internet

oleh
25/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAPAR – Tiga beradik dari Kampung Gana di sini memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) dengan mendaki bukit di belakang rumah mereka bagi mendapatkan capaian Internet yang lebih baik.

Tidak seperti pelajar lain yang hanya perlu membuka peranti atau komputer di rumah mereka, Joshua Emmanuel Jeffery, 12 serta dua adiknya, Jordon Emmanuel, 9, dan Joshean Emmanuel, 8, terpaksa mendaki selama 20 minit sebelum dapat memulakan sesi PdPR.

Joshua Emmanuel berkata mereka akan ditemani ibu Esther Dungin, 37, atau bapa mereka  Jeffrey Joseph, 41, dan berada di atas bukit itu kira-kira tiga jam untuk mengikuti sesi PdPR masing-masing.

Jangan Risau… Klik Sini

“Walaupun terpaksa daki bukit tetapi seronok dengan pengalaman ini tapi kena gigitlah (serangga), saya berharap di rumah ada Internet supaya kita tidak payah lagi naik bukit. Macam hari ini saya belajar Bahasa Cina, Bahasa Malaysia dan lain-lain lagi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Joshean Emmanuel berkata liputan Internet di kawasan rumah mereka agak lemah dan tidak memadai untuk membolehkan mereka melakukan pelbagai aktiviti PdPR.

Sementara itu, Esther berkata liputan lemah di kawasan rumah mereka tidak mampu untuk menyokong aplikasi seperti YouTube yang digunakan untuk PdPR, menyebabkan dia dan suami berusaha mengenal pasti lokasi yang mempunyai liputan Internet lebih baik.

“Kerja rumah juga dihantar menerusi e-mel jadi kalau Internet lemah memang susah untuk anak-anak siapkan kerja sekolah, mahu tidak mahu kami terpaksa cari isyarat (Internet) di atas bukit,” katanya, menambah sebelum itu dia dan anak-anak terpaksa keluar ke tepi jalan utama untuk dapatkan capaian Internet.

Katanya suaminya naik ke atas bukit itu yang terletak kira-kira 500 meter di belakang rumah mereka sebelum sesi persekolahan tahun ini bermula dalam usaha mencari isyarat Internet yang lebih baik.

“Suami cuba-cuba naik bukit cari isyarat Internet, rupanya ada, liputan juga lebih bagus jadi dibersihkan di sini dan 20 Januari (Rabu) yang lalu mula belajar di sini,” katanya yang berharap masalah capaian Internet di kampung berkenaan dapat diselesaikan segera. – BERNAMA

Tags: akses internetPdPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini...

102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PDPR, BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47: KPM

102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PDPR, BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47: KPM

18/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 102 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberi kebenaran melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd